Thursday, May 21, 2009

BAKAL GURU CEMERLANG



"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Insyaallah apabila cukup tempoh dalam perkhidmatan dan layak untuk memohon guru cemerlang, saya akan memohonnya........

emmm...orang kat tengah dalam gambar ni bakal menjadi guru cemerlang DG44 KUP Applied Science!

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--