expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Mesyuarat di Melaka

Sunday, July 19, 2009

Mesyuarat di Melaka


Pada 12 - 18 Jun lalu aku bersama Cikgu Rahim (PK SMT Muar), Cikgu Joned (PK SMT Kajang), Cikgu Markonah (GKMP Sains SMT Jasin), Cikgu Hindun (KP Applied Science SMT Kajang) bermesyuarat di Hotel Seri Costa, Melaka....Alhamdullilah mesyuarat berjalan dengan lancar...Dapat juga aku jumpa dengan Cikgu Rahim setelah setahun tidak ketemu....dapat le juga aku bergurau senda dengan dia..
Semasa di Melaka, aku sempat juga melawat Bangunan Merah (Stadhuys), Gereja St Paul, Replika Istana Melaka, Kapal Belanda, Pusat Membeli Belah dekat Banda Hilir..Melaka ni ok juga...Kalau kawan-kawan ada masa bawalah family ke sana ye untuk cuti-cuti Malaysia....
Kak Hindun sekarang ni dah jadi orang penting dalam subjek Applied Science bukan sahaja di semenanjung malah di sabah dan sarawak....bolehla dikatakan sumber rujukan kami masa di Seri Costa....
Kak Markonah aku baru kenal....rupa2nya terlibat dalam sukan hoki...budak dia le yang buta masa hoki MSSM di Perak..
Cikgu Joned....kesian aku tengok dia nampak makin kurus sejak memegang jawatan PK di SMT Kajang...dah dua tahun dah kalau tak silap aku...
Itulah cerita aku sepanjang di Melaka....maklumat dalam mesyuarat adalah sulit aku tak bolehla nak bagi tau ye....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--