Thursday, July 30, 2009

Program teknik menjawab SPM Applied Science 2009


Hari ini Panitia saya (Applied science) telah menjalankan program teknik menjawab kertas soalan 4581/1 dan 4581/2. Alhamdullilah kedatangan pelajar berada pada tahap yang membanggakan. Daripada 227 orang calon yang mengambil kertas ini, seramai 196 orang hadir ke sekolah untuk program ini
Program ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu
Sesi 1 - 7.30 - 11.10 (untuk 4581/1)
sesi 2 - 11.30 - 3.10 (untuk 4581/2)
Saudara/saudari boleh melihat persembahan powerpoint saya atau dengan muat turunnya dengan click kepada icon save dibawah


Saya secara peribadinya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Terutama kepada
1. Saudara Mohmmad Khaldi bin Min
2. Saudari Rohaiza bt Yaakob
3. Saudari Norhaslinda bt Hashim
dan semua guru yang dapat meluangkan masa bersama kami ahli panitia Applied Science pada hari ini
Hanya Allah swt dapat membalas jasa dan budi baik tuan/puan sekalian

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--