Friday, July 31, 2009

Ustaz Hamdan kembali ke rahmatullah


Pada hari ini, saya menerima berita yang agak sedih dan menyayat hati apabila ustaz yang saya kenali semasa di Pulau Pinang dalam tahun 2003 telah kembali ke rahmatullah
Semasa saya membuat diploma pendidikan di Pulau Pinang, saya selalu mengikuti kuliah yang di adakan oleh ustaz hamdan. Walaupun ustaz sibuk memegang jawatan ADUN Permatang Pasir atau orang Penang kata Permatang PASSiarg!, namun ustaz masih lagi mampu mengadakan kuliah agama.
Perkenalan saya dengan ustaz hamdan hanyalah sebagai guru dan pelajar, rasa saya ustaz hamdan mungkin tidak mengenali saya namun kata-kata dan nasihat ustaz dalam kuliah akan terpahat di hati dan menjadi panduan saya menempuhi hidup ini.
Semasa menjalani latihan mengajar di SMK Penanti di Kubang Semang BM, saya sering menggunakan jalan Permatang Pasir untuk ke Butterworth atau untuk pulang ke Sungai Petani, selalu juga saya perhatikan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di tepi jalan. Banyak kereta dan motor yang datang. Ustaz Hamdan memang mesra dan soft spoken
Akhir sekali saya memohon kepada Allah yang maha Esa agar mencucuri rahmat kepada ustaz hamdan dan juga permudahkanlah perjalanan ustaz hamdan di alam barzah

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--