expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: 10 Langkah meningkatkan Daya Kreativiti anda ke atas ilmu

Friday, September 11, 2009

10 Langkah meningkatkan Daya Kreativiti anda ke atas ilmu


Alhamdulilah kita masih lagi diberikan kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa Ramadhan. Puasa di bulan Ramadhan mengajar kita untuk menjadi lebih menghargai akan nasib saudara-saudara seagama kita yang menderita di setiap pelusok dunia. Puasa di bulan Ramadhan juga mentarbiah kita menjadi seorang manusia yang hebat dalam pengurusan masa dan mendidik kita menguruskan hal ehwal kehidupan dengan lebih terancang.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana mentakdirkan peperiksaan percubaan SPM 2009 pada tahun ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Kertas soalan Applied Science telahpun dijawab oleh pelajar dan sekarang dalam proses penyemakan.
Daripada penilaian awal, saya dapati keputusan peperiksaan akan meningkat. Ini berkat peperiksaan dalam bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun perjalanan pelajar saya masih jauh lagi kerana selepas ini mereka akan menduduki peperiksaan SPM yang sebenar. Harapan saya para pelajar akan terus membuat ulangkaji untuk meningkatkan lagi gred keputusan mereka.

Pada catatan kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang 10 kaedah meningkatkan daya kreativiti ke atas ilmu. Langkah-langkah tersebut ialah

1. Dengar muzik klasik atau alunan merdu. Alunan muzik sebegini akan menyebabkan minda kita menjadi lebih tenang. Jika cara ini kurang sesuai, alternatif lain ialah mendengar alunan bacaan Al-Quran.

2. Sumbang saran. Kaedah ini bukan sahaja membantu kita mengeluarkan idea baru malah membantu kita membuat keputusan terbaik.

3. Sentiasa membawa buku kecil dengan pen atau pensel bersama. Ini membantu kita mencatat idea yang tiba-tiba muncul dalam minda kita.

4. Selalu merujuk kepada kamus. Kamus boleh membantu menerbitkan idea baru.

5. Kenalpasti masalah anda. Selalulah berbincang tentang masalah dengan guru atau rakan baik anda.

6. Keluar bersiar-siar sekiranya fikiran anda menjadi buntu. Perubahan atmosfera mampu mengejutkan sel otak.

7. Kurangkan menonton televisyen. Suatu kajian membuktikan televisyen menyebabkan fungsi otak keluar melalui hidung dan telinga.

8. Jangan ambil dadah dan bahan-bahan nikotin. Bahan kimia yang terdapat dalam dadah dan nikotin menyebabkan kita menjadi dungu.

9. Baca sebanyak mana yang anda mampu. Membaca adalah kunci segala ilmu.

10. Senaman otak. Selalu meransang otak kita untuk berfikir.

Sebagai tambahan, jangan sesekali kita tinggalkan solat lima waktu kerana solat melatih kita untuk lebih berdisiplin. Juga selalulah berzikir kepada Allah kerana dengan zikrullah akan menerangkan hati kita.
Sekian..wassalam.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--