expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Bahasa Melayu selepas 52 tahun merdeka bahagian 2

Friday, September 11, 2009

Bahasa Melayu selepas 52 tahun merdeka bahagian 2


Dalam catatan saya pada 9 September 2009, saya membicarakan tentang mengapa Bahasa Melayu masih gagal ditutur dengan baik oleh bangsa Cina dan India selepas 52 tahun merdeka.
Setelah catatan tersebut dibaca oleh beberapa orang pakar Bahasa Melayu di sekolah. Mereka memberikan penjelasan mengapa hal keadaan sedemikian berlaku.
Untuk makluman, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menjalankan sistem pendidikan vernakular dalam sistem pendidikan negaranya. Ini bermaksud bangsa melayu diperingkat rendah akan belajar di sekolah kebangsaan manakala orang bukan melayu akan belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan. Tentu proses asimilasi bangsa tidak berlaku dalam sistem pendidikan ini. Kerana saban hari hanya orang melayu sahaja yang bertutur Bahasa Kebangsaan tapi pelajar di sekolah jenis kebangsaan akan bertutur bahasa ibunda masing-masing.
Hal ini akan berterusan hingga pendidikan menengah, pelajar melayu akan belajar di sekolah menengah kebangsaan manakala orang bukan melayu akan belajar di sekolah menengah jenis kebangsaan. Ini akan berterusan hingga mereka tamat persekolahan.
Justeru kesimpulan daripada perbincangan kami itu, kami dapati memang bahasa kebangsaan sukar untuk digunakan oleh bangsa lain. Kalau adapun orang cina dan india boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan baik, tentu dia bersekolah di SK atau di SMK.
Akhir kata sempena Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober ini, sama-samalah kita berusaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia yang sebenar-benarnya.


0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--