expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Fakta-fakta sains yang menakjubkan

Sunday, September 13, 2009

Fakta-fakta sains yang menakjubkan


Sejak terlibat dalam dunia pembloggan, saya ingin sekali berkongsi pengalaman dan pembacaan saya dengan pengunjung-pengunjung blog ini. Jari ini sentiasa ingin menaip catatan yang terbaru. Mungkin ada rakan yang menyuarakan untuk apa kita menulis di dalam blog sedangkan tiada siapa yang membacanya. Jawapan saya ialah dunia pemblogan adalah salah satu cara untuk kita meluahkan ilmu yang kita tuntut dan perolehi sepanjang perjalanan hidup kita. Mungkin jika kita berceritakan secara terus bertentang mata, tidak ada pun orang yang mahu mendengarnya. Justeru blog adalah tempat yang paling sesuai.

Antara benda-benda yang menakjubkan dalam fakta kajian sains yang pernah saya baca ialah.


1. Seekor penyu kebiasaannya boleh hidup lebih daripada 100 tahun.


2. Belalai gajah tidak mempunyai tulang tetapi mempunyai 40,000 otot.


3. Cicada (sejenis lalat di Afrika) menghabiskan 17 tahun masa hidupnya untuk tidur dan hanya dua minggu ia akan bangun untuk mengawan dan kemudiannya mati.

4. Semut boleh mengangkat benda yang 10 kali ganda berat badannya.

5. Sekiranya kulit manusia direntangkan, ia boleh meliputi kawasan seluas 18 kaki persegi (5.48 meter).

6. Zirafah mempunyai tulang yang sama banyak dilehernya seperti seorang lelaki dewasa.

7. Gelombang lautan boleh bergerak selaju pesawat jet pejuang tentera.

8. Lukisan helikopter yang pertama pernah ditemui kira-kira 500 tahun yang lalu iaitu semasa zaman akhir kegemilangan tamadun Islam di Kota Al-Qurtubah, Andalusia.

9. Rama-rama memanaskan badannya sehingga mencapai 27.22 darjah Celcius sebelum ia boleh terbang.


10. Seekor ikan paus, boleh berenang selama tiga bulan tanpa makanan

11. Secara purata, manusia minum air sebanyak 16 tan sepanjang kehidupannya.

Inilah bukti-bukti kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Allah memberikan kita akal untuk berfikir maka berbahagialah orang yang menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin. Kita tidak diciptakan hanya untuk melihat sahaja. Malah kita disuruh mengkaji apa yang kita lihat tersebut kerana setiap hasil kajian itu akan menjurus kembali kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Lantaran menambahkan keyakinan dan keimanan kepadaNya.

Saudaraku seagama, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita lagi. Justeru itu berusahalah mencari keampunan dan ganjaran yang telah diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW melalui bukti-bukti yang terdapat di dalam Al-Quran.
Semoga kita akan tergolong dalam orang yang berjaya dalam Ramadhan kali ini. InsyaAllah.

2 comments:

Cikgu Mahfuza on September 14, 2009 at 11:20 AM said...

Bagus. Blog hang macam 'reader digest' la.

M.Faiq63 on December 20, 2012 at 9:00 PM said...

yg kelakarnya.... blog info bagus cmni mcm rare gila org komen(bagaikan berjalan ditengah2 gurun), blog komen merapu, gosip, artis......bnyk gila org komen.... kelakar kelakar.....

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--