Tuesday, September 15, 2009

GPS dalam pembangunan sukan


Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa yang sudah sampai ke hari-hari akhir. Pada hari saya menulis catatan ini, kita telah mengharungi 25 hari dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semoga kita akan mempertingkatkan lagi amalan dan munajat kita kepada Tuhan Yang Maha Mengasihi lagi Memberi Keampunan. Kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dilahirkan dan hidup dalam dunia sains dan teknologi. Kajian-kajian dan pembuktian sains dewasa ini jika diteliti dengan betul akan mengembalikan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT. Sebagai contoh pada catatan di waktu petang ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang penggunaan teknologi GPS dalam pembangunan sukan.

GPS (Global Positioning System) atau Sistem Kedudukan Global merupakan teknologi satelit yang pada asalnya dijuruterakan untuk kegunaan tentera di Amerika Syarikat (USA). Ianya dibangunkan oleh USA namun hakikat ilmu adalah dari Allah, secerdik mana manusia menyembunyikannya ilmu itu akan keluar dan tersebar luas. Lihat sahajalah pada hari ini, rata-rata pemilik telefon bimbit yang mampu mesti memasang GPS dalam telefon mereka begitu juga pemilik kenderaan yang mampu juga berusaha memasangnya.

GPS ialah sistem navigasi global berdasarkan sains angkasalepas. Ia menyediakan kedudukan yang boleh dipercayai, navigasi dan perkhidmatan masa kepada pengguna diseluruh dunia tentang cuaca, malam dan siang di mana sahaja kedudukan anda dalam dunia ini.

Sejak diperkenalkan kepada dunia pada 25 April 1995, pelbagai aplikasi GPS telah dimajukan sebagai contoh dalam pembangunan sukan. Antaranya ialah

(a) Pembangunan keupayaan Atlet
Syarikat NIKE dan Philips telah menyepadukan GPS ke dalam alat pemain MP3. Dengan alt ini para atlet mampu mendapatkan hiburan dan juga kedudukan yang terbaik untuk menjalankan latihan.
Penggunaan alat ini juga membolehkan atlet lumba basikal mengukur kelajuan semasa dalam keadaan mendaki.
Disamping itu atlet olahraga dapat mengukur kelajuan berlari serta jarak yang dilalui disamping mendengar hiburan dalam format MP3

(b) Perlumbaan motosikal MotoGP dan Formula 1
Sukan perlumbaan permotoran bergantung penuh kepada GPS. Alat GPS dapat digunakan untuk memantau pelumba semasa dalam perlumbaan pada setiap selekoh yang diambil

Kesimpulannya, alat GPS yang dahulunya digunakan untuk tujuan ketenteraan kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita, termasuk dalam bidang pembangunan sukan

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--