expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Bahasa Melayu selepas 52 tahun merdeka

Wednesday, September 9, 2009

Bahasa Melayu selepas 52 tahun merdeka




Jam 3.30 petang tadi sebuah rancangan televisyen melalui suatu temubual secara tidak sedar mendedahkan ketidakupayaan rakyat negara ini bertutur dalam Bahasa kebangsaan di Pulau Ketam, Selangor. Apabila menonton rancangan itu sebentar tadi, saya teringat suatu peristiwa semasa saya belajar Tronoh. Saya pernah mengalami kesukaran bertutur bahasa kebangsaan apabila ke kedai untuk membeli barang. Hal ini berlaku sekitar tahun 1997-1998. Suatu peristiwa lagi berlaku pada awal bulan Ogos 2009 di PC Fair Ipoh, seorang promoter untuk satu syarikat komputer gagal lansung bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.
Memang saya memahami sebab situasi itu berlaku mungkin keadaan sosial kehidupan penduduk di kawasan tersebut. Mereka menyara kehidupan dengan menjalankan aktiviti perikanan dan pertanian. Mungkin agak sukar untuk keluar dan bertutur Bahasa Kebangsaan. Tapi bagaimana dengan wanita muda yang saya jumpa di PC Fair Ipoh?....
Terus terang saya bersetuju dengan pendapat mengatakan mereka tidak bersalah kerana menggunakan bahasa ibunda mereka, tetapi saya rasa sebagai warganegara sebuah negara yang berdaulat dan merdeka harus mempunyai rasa megah terhadap bahasa kebangsaan mereka (Bahasa Melayu)
Bagi saya situasi ini menggambarkan dan menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Setelah melalui sistem pendidikan sekurang-kurangnya 11 tahun, tentu tidak munasabah jika masih ada rakyat negara ini yang tidak berupaya bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Saya dapati dalam temubual di televisyen itu, perasaan tidak bersalah seakan-akan wujud kerana tidak bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, jika seseorang itu tidak dapat bertutur dalam bahasa lain, seperti Bahasa Inggeris, dia pasti akan dianggap seperti "orang yang berdosa"
Setelah berjaya memperjuangkan Bahasa Melayu kerana dasar PPSMTI, perjuangan mesti diteruskan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Seperti satu artikel dalam blog "Akar Bangsa", Bahasa Melayu ini kaya, keterbukaan dan mempunyai unsur intelektual yang tinggi sejak dahulu lagi. Dari sudut sains, penerokaan istilah dan penyelidikan dalam Bahasa Melayu pasti akan memartabatkan bangsa melayu di persada dunia. Kerana kata Perdana Menteri Malaysia ke-4, 'kita tidak hanya mahu menjadi pengguna teknologi malah berusaha menjadi penyumbang kepada teknologi"

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--