expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Kelab Komuniti Bloggers SMTKKangsar

Friday, September 4, 2009

Kelab Komuniti Bloggers SMTKKangsar


Secara rasminya pada hari ini telah ditubuhkan kelab komuniti bloggers SMTKKangsar.
Kelab ini dianggotai oleh guru-guru SMTKKangsar yang mempunyai laman blog masing-masing


Organisasi Kelab

Presiden: Tn Hj Mahfuza b Mahmud [Tajuk blog: Akar Bangsa, Bahasa Melayu SPM]
Naib Presiden: Saiful Anuar b Said [Applied Science at SMTKK]
Setiausaha: Ustaz Khairol Anwor b Ismail [barokahduniawi]
Ahli:
1. Chen Siew Peng [Cikgu Sp Chen]
2. Cikgu Muhd Khair Juhari [9w2cmk]
3. Salehuddin Salasa [din_otto]

Objektif Penubuhan kelab

1. Menjadi komuniti perbincangan antara bloggers di SMTKKangsar
2. Sebagai wadah perbincangan untuk memurnikan blog masing-masing
3. Menarik seramai ahli yang mungkin untuk menjadi blogger di SMTKKangsar
4. Menyelesaikan masalah yang berlaku semasa pemurnian blog masing-masing
5. Sebagai sumbangan kecil kepada perkembangan ilmu yang luas di dunia ini

Keahlian Kelab

1. Hanya terbuka kepada guru dan staf SMTKKangsar
2. Hanya blog yang mempunyai fokus dalam pendidikan, catatan peribadi, catatan minat dan perbincangan isu semasa diterima sebagai ahli
3. Blog yang ada unsur-unsur politik fanatik melampau dan lucah adalah dilarang sama sekali untuk menyertai kelab komuniti ini
4.Tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan dan berteraskan siapa suka boleh sertai siapa rasa tidak suka boleh menarik diri.
5, Tiada sebarang yuran keahlian dikenakan kerana ia adalah berteraskan peraturan 4 di atas
Saya sebagai Naib Presiden amat berbesar hati dan terharu kerana berjaya menubuhkan kelab komuniti ini. Semoga dunia ilmu akan terus berkembang dengan sumbangan kali ahli-ahli kelab komuniti ini
Sekian

1 comments:

Cikgu Mahfuza on September 5, 2009 at 4:09 PM said...

Hang kena cipta logo kelab.

Arahan

Presiden

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--