expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Keputusan Peperiksaan Percubaan AppSC 2009

Sunday, September 27, 2009

Keputusan Peperiksaan Percubaan AppSC 2009


Berikut adalah keputusan peperiksaan percubaan bagi matapelajaran applied science untuk kelas yang saya ajar
Saya cuma sertakan dalam bentuk peratus lulus dan bukannya keputusan penuh.
Sekiranya ada pelajar yang memerlukan keputusannya sila tulis email anda di ruangan komen..

Kelas 5 Automotif :

100% lulus
40% pelajar mendapat gred 1A hingga 6C

Kelas 5 Kimpalan dan Fabrikasi Logam:
94.4% lulus
20% pelajar mendapat gred 1A hingga 6C

Keputusan ini mempunyai pro dan kontranya..
Secara umumnya keputusan pelajar boleh dikatakan baik tetapi memandangkan terdapat beberapa kesilapan semasa waktu pengawasan oleh pengawas peperiksaan seperti salah memberikan soalan kertas 1 pada waktu kertas 2, telah menyebabkan soalan untuk kertas 1 bocor. Ada beberapa orang pelajar telah menyimpan soalan kertas 1 dan membuat ulangkaji justeru markah untuk kertas 1 pelajar ini adalah diluar dugaan dengan memperoleh markah 34 ke atas daripada 40 markah.
InsyaAllah saya dan ahli panitia applied science SMTKKangsar akan merancang program peningkatan matapelajaran Applied Science.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--