expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Membina kemahiran berfikir

Tuesday, September 8, 2009

Membina kemahiran berfikir


Setiap orang melihat benda yang sama tetapi tiada seorang pun yang mempunyai fikiran yang sama. Contoh yang paling jelas ialah antara kanak-kanak dan orang dewasa. Seorang kanak-kanak melihat sebuah kereta sebagai kereta tetapi orang dewasa mungkin melihatnya sebagai satu keperluan. Menurut Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj antara langkah memastikan kita berfikir dengan betul ialah

1. Pastikan kita melihat sesuatu benda melalui perseptif agama. Satu benda dengan seribu satu pandangan akan menguncup pada kebenaran apabila didasarkan pada agama.
Contoh yang jelas ialah proses kejadian manusia, apabila didasarkan kepada agama kita akan kembali bersyukur dan mengakui serta mengagungkan kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta.


2. Pastikan falsafah anda kebiasaan semasa. Contohnya motosikal adalah kenderaan paling praktikal semasa kesesakan lalu lintas, jangan pula kita beranggapan kereta lebih sesuai pada keadaan itu.

3.Pastikan apabila befikir, berfikir juga sebalik kepada sebaliknya. Dalam kata lain pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran kreatif dan juga lateral.
Melalui cara inilah saintis Islam di zaman kegemilangan Kota Al-Qurtubah, Andalusia mencipta pelbagai peralatan baru mengikut keperluan manusia. Ibnu Sina melihat perintah Allah setiap penyakit ada ubatnya, justeru mengkaji dan menjadi tokoh perubatan yang terulung. Al-Zahrawi mengambil iktibar peristiwa Isra' dan Mikraj, lalu berfikir dan beliau menjadi tokoh pembedahan yang tersohor. Al-Khawarizmi melihat percaturan bulan dan bintang, lalu mengkaji dan menjadi tokoh matematik yang hebat.

Apapun situasinya manusia tidak dapat mengelak daripada berfikir dan manusia juga tidak dapat mengelak daripada mempunyai pemikiran tersendiri yang selalunya mengarah kepada sonsang,sasar dan silap.

Manusia yang pintar ialah manusia yang boleh berfikir seperti seharusnya dia berfikir.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--