Tuesday, September 8, 2009

Penjelasan kepada seorang kawan


Alhamdulillah saya masih lagi diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Marilah kita bersama-sama berlumba-lumba untuk mencari keredhaan Allah dan memaksimakan ibadah kita pada hari-hari terakhir penghulu segala bulan ini.
Salah satu tujuan saya berblog ialah untuk meluahkan perasaan.

Kepada kawan yang saya kasihi itu, saya memanglah bukan siapa-siapa pun dalam kehidupan anda, malah saya baru sahaja muncul dalam diari hidup anda hanya beberapa tahun yang lepas belumpun sampai sepuluh tahun. Maafkan saya kerana kadang-kadang saya terlupa.

Ingin saya ceritakan kronologi peristiwa salah faham ini berlaku.
Pertama sekali kira-kira dalam bulan Jun 2009 saya telah bertanya kepada rakan tenis saya di mana teman saya akan menyambung tugasnya sebagai pendidik. Teman tenis saya memberitahu di salah sebuah sekolah di bandar A. Saya begitu teruja kerana di sekolah itu terdapat rakan baik saya malah juga kadang-kadang menjadi penasihat saya dalam melakukan tugasan dalam pengurusan bolatampar.

Keduanya apabila berjumpa dengan rakan baik saya semasa membawa pasukan bolatampar daerah ke pertandingan SUPER 2009 di Teluk Intan, saya menceritakan yang kawan saya akan ditempatkan bersama-sama rakan baik saya di sekolah di bandar A. Dengan nada gurauan saya katakan "Ustaz tolong tengok2 dia ye, takut-takut terpesong. Orangnya boleh dikategorikan sebagai kacak juga". Kami ketawa dengan gurauan itu.

Ketiga, saya ingat peristiwa ini selesai di Teluk Intan kerana itu hanya gurauan saya bersama ustaz di Teluk Intan. Namun tidak. Rakan baik saya (ustaz) telah kembali ke bandar A dan menceritakan peristiwa itu kepada kawan baik saya. Nyata sekali kawan baik saya tidak dapat menerima gurauan tersebut kerana saya ni siapa nak pesan-pesan kat orang suruh jaga.

Saya memohon maaf secara terbuka di dalam laman blog saya ini jika saya menyusahkan kawan baik saya itu. Sebenarnya itu hanyalah gurauan saya bersama ustaz di Teluk Intan. Saya betul-betul rasa bersalah dengan gurauan itu.

Memang betul saya tiada hubungan darah apatah lagi sebagai kawan lama ataupun sahabat yang baik tapi kadang-kadang saya terlupa. Sekali lagi maafkan saya dan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--