expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Sains di sebalik coklat

Wednesday, September 2, 2009

Sains di sebalik coklat




Antara salah satu benda pemberian kepada orang yang disukai ialah coklat. Malah coklat adalah salah satu perisa dan makanan yang paling dikenali dan popular. Sesiapa yang tidak pernah merasa coklat mungkin orang tersebut berada dalam keadaan yang rugi
Coklat mengandungi kandungan tinggi serat, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan vitamin A, B, C dan D. Coklat juga boleh membekalkan efek tenaga yang baik ini disebabkan dalam coklat mengandungi teobromina iaitu sejenis alkohol pahit yang wujud semulajadi dalam bijian koko.



Coklat yang berada dipasaran sekarang ini mengandungi 0.5 - 2.7% teobromina.
Dalam perubatan, teobromina digunakan sebagai vasodilator, diuretik dan stimulan moikardial. Ia juga melegakan otot, menjadikannya relaks dan sesuai digunakan bagi pesakit asma bagi melegakan bronkius di dalam paru-paru semasa kesesakan nafas. Hal ini terbukti apabila kebanyakan orang Eropah akan mengambil coklat panas sebagai minuman semasa selesema.
Menurut kajian Martin GN di Cognition Brain Sciences Research Centre di United Kingdom menyatakan data EEG (electroe ncephalographic) manusia yang terhidu bau coklat dapat meninggalkan aktiviti teta otak, iaitu aktiviti yang dikatakan merehatkan minda walaupun sekadar menghidu bau.



Dalam sebuah kajian lain, perasaan coklat mencair dalam mulut dapat meningkatkan aktiviti otak, melajukan denyutan jantung dan memberikan perasaan euforia yang lebih hebat daripada bercumbu.
Perasaan euforia berlaku kerana dalam coklat terdapat phenylethylamine yang dapat memberikan reputasi afrodisiak. Justeru itu ada sesetengah orang menggelarkan coklat sebagai "love chemistry" atau kimia cinta kerana coklat dapat menerbitkan endorfin dalam otak, yang memuncak semasa hubungan intim
Namun tidak semuanya baik tentang coklat. Kajian di Universiti Harvard melaporkan mereka yang banyak mengunyah coklat mempunyai hayat yang lebih singkat. Pengambilannya juga akan mengakibatkan obesiti yang membawa kepada sakit jantung. Hal ini kerana coklat mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.
Justeru itu lain kali apabila anda mahu menguyah coklat, bolehlah turut memikirkan lebih dari sekadar mencicip nikmatnya.

Disunting dari
Majalah Kosmik, DBP September 2007
Artikel oleh Saharil Hasril Sanin

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--