expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Serangan 11 September 2001

Friday, September 11, 2009

Serangan 11 September 2001


Hari ini merupakan ulangtahun serangan 9/11 di New York. Ianya satu peristiwa yang menggemparkan dunia akibat dari serangan kumpulan Al-Qaedah ke atas Pusat Dagangan Antabangsa New York. Dalam peristiwa itu, dua kapal terbang penumpang dirampas dam melanggar Pusat Dagangan Dunia New York yang secara spontan terbakar, runtuh dan mengakibatkan bilangan kematian yang begitu besar. Sekitar masa yang sama, sebuah lagi kapal terbang dirampas dan terus melanggar Pentagon, sebuah pusat keselamatan dan pertahanan Amerika. Kapal terbang yang keempat yang sepatutnya menyerang Rumah Putih (White House) terhempas di Pennsylvania dan membunuh kesemua penumpang di dalamnya.
Walau apapun konflik antara umat Islam dengan Amerika, saya berharap ianya tidak akan menjejaskan keamanan dan keselamatan negara Malaysia yang tercinta.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--