expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Tutorial menghilangkan navigation bar

Sunday, September 6, 2009

Tutorial menghilangkan navigation bar


Kebanyakan rakan-rakan blogger di SMTKKangsar yang memilih perumah pada Blogger (www.blogspot.com) merungut ada "navigation bar" dalam paparan blog mereka. Ada yang bersungguh hendah membuangnya. Ok jika itu yang diminta saya akan tolong sebab saya ni nak kata expert tu tak dak la boleh le sikit-sikit. Ilmu ni pun saya perolehi daripada tuan presiden kelab komuniti blogger SMTKKangsar. Jadi nak berkongsailah dengan rakan-rakan sekalian.

Jika anda betul-betul nak membuang "blogger navigation bar", anda perlu masuk ke dalam blog anda (login) dan masuk pada "layout" dan masuk pada "HTML tempate"

Sebelum saya memberitahu langkah seterusnya, saya rasa elok saya bincangkan pro dan kontra jika kita membuangnya.

Sebab utama hendak membuangnya.

1. Ia nampak lebih profesional tanpanya. Ini sebenarnya bergantung kepada tujuan kita berblogging. Mungkin kita membuangnya supaya blog kita kelihatan seperti bebas dari perumah (free - hosted)

2. Ia memberikan lebih banyak ruangan atas blog anda. Ini mungkin kelihatan tidak signifikan tetapi ia memberikan ruangan untuk grafik. Saya sendiri mendapati ruangan ini amat berguna bila kita merekabentuk blog kita sendiri.


Sebab utama hendak mengekalkannya
1. Ia memudahkan kita semasa hendak membuat editing. Anda boleh terus login dari blog anda dan tak perlu risau login melalui blogger. Anda juga boleh edit kapsul daripada laman utama tanpa perlu pergi kepada elemennya

2. Anda juga boleh "manage" terus blog-blog anda melalui butang "next button"

Bagaimana hendak membuangnya

Jika anda membuat keputusan untuk menghilangkannya. Ikutilah langkah-langkah di bawah

1. Masuk (login) ke dalam "blogger dashboard"

2. Klik "Layout"

3. Klik "Edit HTML"

4. Klik pada "Expand Widget Template"



5. Cari kod yang berwarna biru seperti dalam rajah di atas

6. Tambah kod yang berwarna merah dalam rajah di sebelah betul-betul sama kedudukan seperti rajah di sebelah atau salin kod di bawah dan masukkan dalam HTML templat anda

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

7. Jika sudah salin paparnya dahulu dengan klik butang "preview.

8. Kalau puas hati bolehlah simpan "save" templat anda.

Sekian, selamat mencuba...

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--