expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Kumpulan Darah Manusia

Sunday, October 11, 2009

Kumpulan Darah Manusia


Walaupun tiada perbincangan tentang kumpulan darah dalam sukatan matapelajaran Applied Science, saya rasa ada baiknya kita berkongsi maklumat yang amat berguna ini




Terdapat empat kumpulan darah utama: A, B, AB dan O. Kumpulan-kumpulan ini berbeza daripada kehadiran atau ketiadaan dua faktor iaitu A dan B pada sel darah merah dan ketiadaan atau kehadiran dua faktor anti A dan anti B pada serum. Jadual di bawah menunjukkan faktor yang terdapat dalam setiap kumpulan darah dan kumpulan yang boleh dicampurkan tanpa menyebabkan penggumpalan atau aglutinasi




Jika contoh darah dan serum daripada dua orang dicampurkan, sel darah boleh bergumpal, maka jika seorang daripada mereka mendermakan darah kepada seorang yang lain, reaksi yang serupa (penggumpalan atau aglutinasi) akan berlaku pada sistem darah penerima. Ini boleh membawa kesan yang buruk atau kematian. Oleh sebab itu sebelum melakukan pemindahan darah, doktor perlu melakukan ujian darah untuk menentukan kumpulan darah pesakit dan penderma. Jika percampuran darah penderma dan penerima tidak bergumpal, maka kedua-dua darah ini dalah serasi.

Setiap individu boleh menderma atau menerima darah tanpa mengira agama, bangsa, umur atau jantina, asalkan kumpulan darahnya serasi. Oleh itu, orang yang mempunyai kumpulan darah O boleh menderma darahnya kepada sesiapa sahaja kerana sel darah merahnya tidak mengandungi sama ada faktor A atau B. Orang ini dipanggil penderma universal.

Namun, mereka yang mempunyai kumpulan darah jenis ini tidak boleh menerima darah daripada penderma lain kecuali yang berkumpulan darah O sahaja kerana serumnya mengandungi kedua-dua anti A dan B.

Sebaliknya, jika kumpulan darah sesorang itu adalah AB, ia boleh menerima darah daripada sesiapa juga penderma, tetapi ia hanya boleh menderma darahnya hanya kepada orang yang mempunyai kumpulan AB sahaja. Kumpulan ini disebut sebagai penerima universal

Selain faktor A dan B, terdapat juga kumpulan darah lain yang kurang penting dalam bidang kesihatan, kecuali faktor rheus (faktor Rh) yang mesti diambil kira apabila pemindahan darah hendak dilakukan. Lebih kurang 85% manusia yang darahnya mengandungi faktor rheus dikenali sebagai rheus positif (Rh+) dan yang bakinya adalah rheus negatif (Rh-). Faktor rheus boleh menyebabkan komplikasi sewaktu kehamilan jika ibu mempunyai Rh negatif manakala anaknya mewarisi rheus positif daripada bapa. Keadaan tidak serasi ini merupakan punca utama rawatan pemindahan darah perlu dilakukan ke atas anak yang baru dilahirkan.

Semoga maklumat yang ingin dikongsi ini membantu dan meningkatkan kesedaran kita ke atas program menyertai kempen derma darah.



Wassalam.....

Sumber:
Dewan Kosmik November 2001

1 comments:

Anonymous said...

adakah maklumat ini boleh dipercayai?
from biology teacher smtkk...

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--