expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: P&P yang berkesan

Friday, October 2, 2009

P&P yang berkesan


Alhamdulillah...semalam telah selesai pemantauan dari pihak JPN untuk permohonan guru cemerlang DG44, secara khususnya saya merasa tidak berpuas hati dengan persembahan saya dalam pemantauan tersebut.
Dan kesimpulan dari sesi pemantauan tersebut saya merasakan saya tidak akan berjaya dalam permohonan pada tahun ini.
Terdapat beberapa kekurangan yang ketara semasa sesi pemantauan tersebut iaitu
1. Saya agak gagal dalam pemantauan P&P dalam kelas.
Walaupun perancangan saya untuk sesi tersebut agak rapi, tapi apabila sesi P&P berjalan saya telah membawa P&P ke arah yang berbeza dan tidak mengikut apa langkah yang dirangcangkan.
Antara komen dari pihak pemantauan ialah:
(a) teknik soalan yang ditanya dalam kelas tidak mempunyai aras iaitu aras senang, sederhana dan susah.
(b) tiada variasi dalam P&P dan tidak menunjukkan saya seorang guru yang cemerlang
(c) masih menggunakan kaedah konvensional iaitu berpusatkan guru dan bukan berpusatkan pelajar.
(d) Menggunakan banyak bahasa Melayu dalam pengajaran yang sepatutnya di ajar dalam Bahasa Inggeris

2. Tidak membuat analisis selepas peperiksaan bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun
Saya hanya menyediakan butiran keputusan peperiksaan yang tidak disertakan dengan analisis untuk pelajar lemah dan sederhana.
Tiada menyertakan tindakan susulan seperti program peningkatan untuk pelajar lemah dan sederhana.

3. Tidak membuat Jadual Spesifikasi Ujian semasa menggubal soalan

4. Tiada membuat graf pencapaian pelajar dari pertama kali kita mengajar kelas tersebut sehingga tamat menduduki peperiksaan awam.

5. Kurang berjaya mencungkil jawapan pelajar.

Segala teguran yang diberikan oleh pihak pemantau, InsyaAllah saya akan baiki untuk permohonan pada tahun hadapan. Kerana saya merasakan permohonan pada tahun ini tidak akan berjaya. Saya akan kembali memohon dengan lebih membuat perancangan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Kepada rakan-rakan blogger SMTKKangsar yang ingin memohon guru cemerlang bolehlah mengambil teguran yang saya dapat ini sebagai pemangkin dan persediaan anda untuk menjadi guru cemerlang.
Wassalamm...

1 comments:

nazri@bob said...

semoga permohonan tuan akan berjaya akhirnya... kalau bukan tahun ini insyaallah tahun depan. Yang penting fikir positif dalam apa juga yang dilakukan. nice blog u have here. keep rolling... and good luck whatever u do

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--