Saturday, October 31, 2009

What will happen today?


Alhamdulillah, bersyukur saya kepada tuhan yang Maha Esa kerana dikurinakan kesempatan untuk menulis catatan terbaru. Hampir seminggu saya tidak menjenguk blog ini.

Antara kesibukan yang dihadapi sepanjang minggu lepas ialah menguruskan lawatan ke Litar Antarabangsa Sepang dan juga bertungkus lumus untuk menyiapkan soalan 'Applied Science" untuk peperiksaan akhir tahun 2009.

Alhamdulillah, lawatan yang diketuai oleh saya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah disiplin pelajar. Soalan peperiksaan juga telah siap dicetak dan akan diedarkan pada 4 dan 6 November ini.

Untuk makluman rakan-rakan sekalian,
Pada malam ini akan berlansung Majlis Anugerah Kualiti Guru dan Staf bagi tahun 2009. Tetamu yang dijemput dalam majlis ini ialah Tn Hj Tajuddin bin Jab, Timbalan Pengarah BPTV KPM. Pada hari kualiti pelajar, ada orang nyanyi 4 lagu..malam ni berapa lagu agaknya ye?....


Daripada pengetahuan saya yang amat cetek ini, saya merasakan Hari Kualiti ini adalah satu idea yang baik kerana seingat saya semasa bekerja di SM Pharmaceutical Sdn Bhd selama dua tahun, tiap-tiap tahun SM Pharmaceutical akan mengadakan Hari Anugerah untuk setiap pekerja yang terpilih. Ianya merupakan satu motivasi untuk kita pada tahun. Bukankah motivasi perlu untuk meningkatkan kualiti kita sebagai pekerja?

Walau apapun pandangan sama ada positif atau negatif, pada saya inilah salah satu daripada cara kita sebagai guru berusaha memartabatkan profesion perguruan.

Saya begitu bersemangat sekali untuk pergi ke majlis ini, sehinggakan membeli jam baru dengan harga RMXXX.00. Agak lama mengidam untuk membeli jam ini, syukur alhamdulillah dapat beli juga pada bulan ini.

Jam Casio Edifice model EFA 115D





0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--