expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Bagaimana batuk terjadi...

Wednesday, December 9, 2009

Bagaimana batuk terjadi...


Salah satu tanda peparu seorang perokok itu bermasalah ialah apabila ia kerap batuk. Kadang-kadang seseorang perokok itu tidak akan dapat tidur dengan nyenyak kerana batuk pada setiap malam..

Batuk merupakan penghembusan udara secara tiba-tiba dan kuat dari peparu. Batuk bertindak sebagai sistem pertahanan badan yang membantu mengeluarkan bahan berbahaya dari peparu, contohnya nanah atau darah. Namun batuk juga menyebarkan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit.

Seseorang itu akan batuk jika lapisan salur pernafasan mengalami kerengsaan. Saraf tertentu yang bergerak balas terhadap rengsaan ini menyebabkan individu tersebut mengambil nafas yang panjang. Saraf ini juga mengakibatkan salur udara tertutup separuh. Diafragma, iaitu otot besar yang terletak di bawah peparu mengecut dengan cepat lalu menolak udara keluar dari peparu. Kemudian salur udara akan terbuka dan udara memasuki salur pernafasan dan keluar melalui mulut.

Bahan rengsaan yang mengakibatkan batuk seperti merokok, pencemaran udara dan infeksi pernafasan. Kerengsaan ini mungkin mengakibatkan iritasi dan menyebabkan lapisan mukus dalam tekak menjadi tebal. Sesetengah ubat batuk membantu mengurangkan iritasi dan melonggarkan mukus supaya ia boleh dibatukkan keluar dengan mudah. Ubat yang lain pula mengurangkan aktiviti saraf tertentu yang mengakibatkan batuk.

Batuk yang berterusan akan menyebabkan komplikasi dalam pernafasan. Justeru itu, kepada rakan pengunjung yang merokok, fikir-fikirkanlah tentang masalah kesihatan yang bakal anda hadapi sekiranya anda terus merokok.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--