expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Dapatkah sains dikembalikan kepada Islam....?

Saturday, January 16, 2010

Dapatkah sains dikembalikan kepada Islam....?


Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk berada di dalam alam siber ini untuk menukilkan satu persoalan yang mungkin kita lupa akan dia.

Dalam kitab "Nilai & Pengurusan Waktu Dalam Hidup Muslim" karangan Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi, beliau menjelaskan hakikat masa kepada seorang muslim itu terbahagi kepada tiga bahagian, pertamanya Masa lalu yakni mengembara dan melihat kesan umat terdahulu, ,menilai dan menginsafi kejadian yang menimpa ke atas mereka. Keduanya Masa hadapan yakni perlu merancang untuk masa hadapan sebagai persediaan tindakan dan amalan dan yang ketiganya Masa kini yakni kita perlu prihatin dengan waktu semasa dan tidak menangguh kerja sehingga hari esok.

Apabila kita mengembara ke zaman silam, kita akan mendapati Islam telah berjaya memerintah bumi selama kira-kira 1400 tahun lamanya. Kerajaan Islam begitu menyuburkan perkembangan ilmu bermula dari tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah sehiggalah sejarah pengumpulan hadis pada abad ketiga selepas hijrah hinggalah munculnya pelbagai ilmu seperti kimia, optik, fizik dan terakhirnya sumbangan kerajaan Islam Uthmaniah dalam bidang ketenteraan.

Kemunculan Sepanyol (Andalusia) sebagai salah satu Daulah Islam menyemarakkan lagi perkembangan ilmu. Pada zaman kegemilangan kota Andalusia muncul pelbagai sarjana Islam yang hebat dalam bidang sains. Mereka seperti Abu Qasim al-Zahrawi, Ibn Rusd, Ibn Haitham, Jabir al-Haiyan dan banyak lagi. Pemikiran mereka mendahului zaman mereka, lantaran itulah hasil-hasil penulisan mereka digunakan sebagai teks di Eropah selepas kejatuhan kerajaan Andalusia. Malah seorang penyair Barat, Charles Dickens pernah mengungkapkan:

"Itulah masa yang paling gembira"

"Itulah masa yang paling meyedihkan"

"Itulah masa yang paling gemerlapan"

"Itulah masa permulaan harapan"

Pada zaman kegemilangan kota Andalusia, rumah-rumah orang Islam telahpun disinari cahaya pada waktu malam, manalakala kota-kota Eropah yang lain masih lagi gelap diwaktu malam. Begitulah hebatnya sumbangan sarjana Islam pada waktu itu.

Sumbangan Islam dalam sains memang tidak dapat dinafikan walaupun ada sesetengah golongan berfahaman orientalis dan evolusis cuba menyembunyikan perkara yang sebenar. Bumi begitu bertuah sekali pada waktu Islam menyuburkan sains kerana bumi berada pada tahap yang paling gembira. Saintis-saintis Islam di zaman kegemilangan tamadun Islam mengambilkira faktor keseimbangan alam dalam setiap kajian mereka. Konsep yang diterapkan ini tidak sama sekali merosakkan keseimbangan alam. Malah mereka menggunakan alam sebagai suatu alat untuk mereka memulakan kajian. Terbukti jika kita lihat bagaimana di Masjid al-Hambra, Andalusia airnya mampu keluar melalui pili air setiap kali apabila masuk waktu solat walaupun tanpa menggunakan sebarang alatan pam air. Secara kesimpulannya sains yang dikembangkan oleh Islam berteraskan tauhid kepada Allah SWT, inilah konsep keseimbangan antara manusia dan khaliknya.

Kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir di Turki hasil perancangan licik Mustafa Kamal Artartuk telah menyebabkan peranan mengembangkan ilmu sains diambil oleh tamadun Eropah. Fokus utama tamadun Eropah ialah untuk menghasilkan alatan peperangan, justeru tidak hairanlah jika dilihat bumi begitu sengsara dan acapkali bergegar menanti kemusnahannya. Ilmu sains diteroka tanpa mengira batas-batas kemanusian ini akan menyebabkan setiap kajian akan tersasar dari hukum tuhan itu sendiri.Malah tidak hairanlah jika ada saintis Barat yang mengumumkan prinsip ketidaktentuan. Kerana setiap kajian mereka tidak meletakkan kuasa Tuhan sebagai ketentuan segala kajian mereka itu.

Dalam setiap kajian saintifik, kita mestilah meletakkan sunnatullah sebagai asas utama. Ini untuk mengelakkan kita tersasar dalam menilai keputusan di akhir kajian. InsyaAllah kiranya ini dapat dilakukan, "Sains akan kembali kepada Islam"

Sekadar berkongsi maklumat....kiranya ada silap eloklah diperbetulkan agar dapat bertambah ilmu kita...InsyaAllah...

Wassalam...

1 comments:

Cikgu Mahfuza on January 17, 2010 at 3:23 PM said...

Saat gemilang itu hanya dapat kembali apabila kita berjaya melahirkan semula generasi Al-Quran, yakni generasi yang meletakkan Al-Quran dan Hadist di hadapan mereka bukannya di belakang mereka.

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--