Sunday, March 14, 2010

Buku Yang Pasti Menjadikan Anda Berminda Kelas Pertama...


Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi mampu meluangkan masa untuk berada di dalam alam siber ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad Shallalahu alaihi wassalam, keluarganya, para sahabat serta sekalian pejuang-pejuang yang berkorban masa dan tenaga demi untuk menegakkan kalimah suci di atas muka bumi ini.

Nikmat lapangan masa adalah satu nikmat yang besar faedahnya kerana dengan kelapangan masa kita mampu melakukan urusan yang disukai oleh kita.

Sepanjang minggu-mingu akhir dalam bulan Februari yang lepas saya sempat menghabiskan membaca sebuah buku yang merupakan himpunan risalah dari tiga orang tokoh ulama yang hebat. Buku yang saya maksudkan ialah

Malam Pertama di Alam Kubur




p/s: Buku yang berwarna kuning dalam Versi Bahasa Indonesia dan yang warna hitam dalam versi Bahasa Melayu

Buku ini mengandungi tiga bahagian penting
Bahagian Satu: Parit Kematian
Bahagian Dua : Malam Pertama di Alam Kubur
Bahagian Tiga: Tragedi Alam Kubur

Bahagian Satu mengisahkan kepentingan dalam mengingat akan kematian, kisah-kisah para sahabat dan para salaf as soleh apabila menyediakan diri untuk menghadapi kematian. Di samping kisah-kisah orang soleh membuat persediaan menghadapi kematian, penulis juga mengeluarkan beberapa dalil daripada Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam tentang hakikata kematian. Antara fakta yang menarik tentang sahabat yang meriwayatkan hadith tentang kematian ialah kecenderungan sahabat yang bernama al Bara' ibn Azib yang begitu berminat meriwayatkan hadith tentang perihal kematian. Banyak hadith yang berkaitan dengan kematian dan cerita di dalam alam kubur diriwayatkan oleh beliau.

Bahagian Dua berkisar tentang suasa malam pertama di alam kubur berdasarkan hadith-hadith sahih yang dikeluarkan oleh enam Imam Hadith yang masyhur.

Bahagian Tiga mengisahkan beberapa tragedi buruk dan baik yang akan dihadapi oleh penghuni kubur.

Saudaraku,
Sesungguhnya kematian adalah sesuatu yang pasti. Maka seharusnya kita membuat persediaanya yang secukupnya dan semampu dilakukan oleh kita. Antaranya, Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam pernah bersabda:"Cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan."
Daripada Ibnu Umar, bertanya seorang Ansar kepada Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam, "Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh dikalangan umatmu?"
Rasulullah Shalalahu alaihi wassalam bersabda,"Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik.".....

Wassalam.....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--