expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Merokok memendekkan hayat pasangan....

Sunday, September 19, 2010

Merokok memendekkan hayat pasangan....



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan kurnianya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wasallam serta keluarganya, sahabat dan orang-orang yang mengikut petunjuk baginda.

Seolah-olah menjadi suatu kebiasaan bagi para remaja apabila sahaja mencecah umur remaja mereka akan mencuba untuk merokok. Seakan-akan kempen yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia seperti menemui kegagalan. Bilangan remaja yang merokok semakin bertambah. Malah paling membimbangkan remaja sudah mula merokok seawal umur 12 tahun.

Kebanyakan pelajar sekolah yang merokok yang ditermuramah oleh saya di sekolah menyatakan mereka perlu merokok kerana untuk menghilangkan kekosongan jiwa atau jawapan yang biasa saya dengan untuk "release tension". Persoalannya mengapa kekosongan jiwa ini berlaku. Masalah kekosongan ini bukannya mudah untuk diselesaikan dengan bantuan guru, ibu bapa dan sahabat handai mereka. Pada saya kekosongan ini haruslah diisi dengan ilmu dan proses mencintai ilmu.

Sebagai perkongsian dari saya dalam entri pada kali ini, salah satu daripada usaha saya menyedarkan pada remaja tentang bahaya merokok. Pengisian kekosongan ini hanya dengan proses pembacaan dan mencintai budaya membaca. Membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Semoga dengan membaca artikel ini ia mampu membuatkan para remaja yang merokok menyedari bahaya rokok pada tubuh badan mereka.

Umum mengetahui merokok memberikan pelbagai masalah dalam jangka masa pendek dan panjang. Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Di antara kesan jangka pendek ialah kepada

1. Otak
Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

2. Telinga
Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak.

3. Mulut
Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
Gigi menjadi kuning.

4. Mata
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan.

5. Hidung
Mengurangkan deria bau

6. Kulit
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

7. Paru-paru
Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.

Kesan-kesan jangka panjang

1. Barah (contoh: Paru-paru, payudara, mulut, tekak dan usus
2. Penyakit jantung
3. Angin akhmar/Strok
4. penyakit paru-paru (contoh: Penyakit lelah, bronkitis)
5. Penyakit mulut dan gusi
6. Ulser (perut, peptic)
7. Osteoporosis
8. Kemandulan (tidak boleh hamil)
9. Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
10. Mati pucuk

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
1. Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes

2. Menyebabkan pencemaran udara

3. Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran.
4. Perokok pasif (menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah dikalangan kanak-kanak.

Terbaru merokok menyebabkan pasangan perokok akan pendek umur. Seperti yang dinyatakan dalam kajian oleh seorang profesor dari Vanderbilt University USA yang dipapar dalam akhbar The Star pada 17/09/2010. Perokok pasif yang berpasangan dengan perokok akan menghadapi usia yang pendek.



Sesungguhnya budaya merokok memang banyak menyebabkan masalah kepada kesihatan bukan pada perokok itu malah kepada mereka yang tidak merokok. Jadi para remaja yang meokok perlu menilai semula trend merokok yang mereka sedang ikuti sekarang. Ianya akan memusnahkan sistem pertahanan badan merekan dan menjadikan umat Islam di Malaysia lumpuh dan titidak bermaya.

Renungkanlah...

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--