expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Suatu kisah di perhimpunan sekolah...

Tuesday, October 12, 2010

Suatu kisah di perhimpunan sekolah...


Waktu terakhir setiap isnin diperuntukkan untuk perhimpunan rasmi sekolah. Seperti biasa pelajar akan berkumpul seawal 2.20 di dewan sekolah untuk acara rasmi ini. Waktu perhimpunan diperuntukkan selama 40 minit.

Agak unik untuk saya menceritakan apa yang berlaku pada perhimpunan mingguan hari isnin yang lepas kerana dua perkara yang berlaku pada hari tersebut amat berkaitan yang pertama.

Saya mulakan dengan kisah yang pertama. Salah satu program usaha daripada Pusat Sumber sekolah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan rakan pendidik ialah dengan mengadakan hadiah untuk pengunjung bertuah dan peminjam buku terbanyak di kalangan guru. Saya adalah guru yang bertuah untuk menerima hadiah daripada Pusat Sumber SMTKK pada bulan ini. Bagi saya ini adalah perkara yang luar biasa berlaku kepada diri saya. Daripada seorang yang hanya membaca suratkhabar tanpa berjaya menghabiskan sebarang novel suatu waktu dahulu muncul menjadi peminjam terbanyak pusat sumber sekolah. Terus terang saya katakan saya merasakan semacam ada kekuatan baru untuk membaca sejak bermula sesi persekolahan pada tahun ini. Ini hasil daripada perkenalan saya dengan sebuah buku yang membincangkan ilmu faraid. Buku tersebut memotivasikan saya untuk cintakan budaya membaca. Benarlah sabda Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wassaam "Ilmu faraid adalah kunci segala ilmu". Perkenalan dengan ilmu inilah membuatkan saya begitu menghargai ilmu malah berusaha mencarinya. Mungkin kerana kekuatan ilmu faraid inilah membuatkan Kamal Artaturk memansuhkan undang-undang faraid sebaik sahaja mewujudkan republik Turki pada tahun 1934.

Keasyikan saya kepada membaca membuatkan saya memperuntukkan belanjawan bulanan saya sebanyak RM150 untuk membeli majalah dan buku pada setiap bulan. Saya menjadi peka dengan beberapa buku terbaru yang ditulis oleh beberapa penulis tempatan yang saya hormati tulisan mereka seperti Prof Sidek Baba, Ust Pahrol Mohd Juoi, Ust Hasrizal, Dr Danial Zainal Abidin, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan beberapa lagi yang lain. Saya banyak membaca tulisan yang dikaitkan dengan kemurnian dan kehebatan agama Islam. Benarlah apa yang selalu diungkapkan oleh banyak cendiakawan Islam mutakhir ini yang menyatakan keindahan Islam itu terlindung oleh orang Islam sendiri yang tidak memahami Islam dengan baik. Minat saya membaca buku-buku Islam ini membuatkan saya lebih memahami agama Islam dengan lebih baik. Membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan.

Kisah kedua yang saya ingin saya kongsikan bersama dengan para pengunjung ialah gelagat pelajar yang ponteng perhimpunan rasmi sekolah. Kebetulan pula dua pelajar dikalangan ramai yang ponteng itu ialah pelajar saya dari kelas 5 ABM. Maka kesempatan mempunyai pelajar yang saya kenali ponteng perhimpunan membuatkan saya ingin menjalankan satu analisis tentang mengapa pelajar ponteng perhimpunan rasmi sekolah. Membuat analisis ini bukan bermakna saya tidak tahu menduga apa jawapan yang akan diberikan, tetapi sebagai pengukuhan sekiranya agakan saya akan menjadi kenyataan.

"Mengapa kamu ponteng perhimpunan Ikrimah?"tanya saya meminta penjelasan

"Boring la cikgu, sebab ada spot check, lepas tu panas pulak, kelas kami dah la kena duduk tempat tak de kipas." kata pelajar saya menjelaskan mengapa dia ponteng perhimpunan sekolah

"Hah kamu Megat, kenapa ponteng assembly?"tanya saya dengan tegas, kerana Megat ni dalam kategori pelajar nakal.

"mmmmmm....:)" senyuman Megat menjelaskan mengapa dia ponteng di perhimpunan.

Itulah sedikit dialog antara saya dengan pelajar kelas saya yang ponteng perhimpunan. Dari apa yang saya dapat dalam dialog ini, membuktikan pemikiran remaja sekarang hanya ingatkan kesenangan tanpa mahu bersusah walau sedikit. Memanglah perhimpunan di sekolah tidak mungkin akan menyediakan suatu kondisi tempat yang berhawa dingin dan tidak mungkin perhimpunan sekolah tidak mengadakan "sport check" kerana hanya dengan kaedah itu sahajalah mampu memastikan pelajar peka dengan disiplin pakaian di sekolah.

Kesimpulan kedua yang saya dapat dari perbincangan dengan pelajar yang ponteng ialah generasi remaja di sekolah yang ada di depan mata guru hari ini ialah generasi yang sudah sebati dengan kemewahan dan pentingkan materialistik. Bagi mereka, mereka sepatutnya berada dalam kondisi yang amat-amat menyenangkan. Berada dalam perhimpuan berhawa dingin, berkipas angin dan tanpa sebarang aktiviti penguatkuasaan undang-undang sekolah itulah harapan mereka. Tapi mereka harus sedar bahawa itu hanyalah khayalan yang tidak akan dipastikan berlaku. Kerana pada pendapat saya jika terlalu dimanjakan pelajar dengan kebendaan dan kesenangan akan menyebabkan mereka tidak mahu lansung merasa susah. dan ini akan menyusahkan kita apabila mereka menjadi pemimpin kelak. Lihatlah kepimpinan kita sekarang yang merupakan anak orang orang senang, yang mana mereka hanya fikirkan kebendaan dan kemewahan semata-mata tanpa mahu memikirkan proses pembentukan jati diri.

Inilah antara cabaran dan kekuatan yang ada dalam menyuburkan budaya ilmu di sekolah.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi saya dan maafkan saya jika ada meyinggung mana-mana pengunjung.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--