expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Petanque Piala Angkasa Negeri Perak 2012

Monday, February 27, 2012

Petanque Piala Angkasa Negeri Perak 2012


Alhamdulillah dapat bertemu untuk kali ini. Entri kali ini cuma akan bercerita tentang penyertaan pasukan Petanque SMV Kuala Kangsar ke kejohanan Petanque Piala Angkasa Negeri Perak 2012.

Cuba lagi tahun depan!...Itu adalah ungkapan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi penyertaan pasukan petanque untuk tahun 2012. Pasukan yang saya tubuhkan pada Februari 2011 masih lagi belum mampu menyaingi pasukan-pasukan yang mempunyai nama seperti SMK Bukit Merchu, SMK Simpang Beluru dan pasukan-pasukan dari daerah Kuala Kangsar. InsyaAllah pada tahun ini saya akan tubuhkan pasukan yang lebih boleh mencabar pada tahun hadapan.

Penyertaan pada tahun ini begitu meriah sekali dengan sebanyak 152 buah pasukan bertanding dari 93 buah sekolah menengah. Penyertaan lelaki sebanyak 72 pasukan sementara pasukan perempuan sebanyak 80 pasukan.






Pasukan lelaki SMV Kuala Kangsar berjaya melayakkan ke pusingan ke-3 dengan meletakkan tempat sebagai 16 pasukan terbaik di dalam negeri Perak. Dalam perlawanan penentuan ke suku akhir pada pusingan ke-3, pasukan lelaki SMV Kuala Kangsar tewas kepada SMK Ulu Kinta dengan kiraan 9-13. Manakala bagi pasukan perempuan pula berjaya layak ke pusingan ke-2 sebelum tewas dengan SMK Lambor Kiri dengan kiraan mata 11-13. Kekecewaan jelas tergambar pada wajah pelajar perempuan apabila target mereka untuk layak ke separuh akhir tidak dapat direalisasikan.






Inilah ketentuan Tuhan yang maha berkuasa atas setiap sesuatu. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan saja yang akan menentukan sama ada berjaya atau tidak. Sebab itulah Allah sentiasa menyuruh kita berdoa kepada-Nya agar usaha kita akan mendapat perkenan daripada-Nya.

Wasalam.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--