expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Kuasa adalah amanah

Wednesday, May 8, 2013

Kuasa adalah amanah


Salam pertemuan setelah lama menyepi. Tulisan ini sekadar menulis sesuatu pasca pilihanraya Malaysia ke-13 (PRU13). Selesai sudah PRU13, maka para pemimpin yang dipilih akan mempunyai satu tanggungjawab yang besar memikul amanah. Kerana amanah adalah antara perkara yang akan membuatkan manusia menyesal di hari akhirat kelak. Ketika saya membaca beberapa tulisan yang dipaparkan di laman-laman web baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, suatu tulisan yang menarik saya jumpa di dalam akhbarHarakahDaily. Artikel itu ditulis oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19091-elok-ibu-negeri-pahang-dipindah-ke-pekan#.UYpiMaIyaSo), seorang aktivis pembangkang yang popular di Pahang. Tulisan beliau menyarankan agar ibu negeri Pahang diubah daripada Kuantan ke Pekan. Mengikut Tuan Ibrahim Tuan Man ini berikutan pertambahan bilangan pengundi yang drastik di Parlimen Pekan iaitu 80206 berbanding Parlimen Kuantan yang mempunyai 56280 bilangan pengundi. Oleh kerana saya kurang berpuas hati dengan artikel ini, maka saya membuat sedikit kajian dengan melihat sendiri figurnya di laman web SPR. Dan di bawah ini hasilnya:
PRU12
PRU13
Terkejut juga saya, bahawa figura yang didakwa oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah benar, bukan tuduhan yang tidak berasas. Daripada figura di atas menunjukkan sebanyak 58217 bilangan pengundi berdaftar pada tahun 2008 bertambah kepada 80206 pengundi berdaftar pada tahun 2013. Ini bersamaan dengan 21989 pertambahan bilangan pengundi sepanjang 5 tahun. Hebatkan, apabila bilangan pengundi dapat bertambah sebanyak 4398 dalam tempoh setahun dan sepanjang 5 tahun sebanyak 21989. Jika pertambahan ini benar, alhamdulillah, rakyat malaysia semakin celik untuk mendaftar sebagai pengundi, jika sebaliknya ada orang yang menerima amanah telah mengkhianati amanah yang diberikan. Sekianlah tulisan ini buat waktu ini. Maafkan saya jika saya mengguriskan mana-mana pihak. Semoga orang yang mendapat kuasa akan menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya agar tidak menyesal di akhirat nanti. Terima kasih

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--