expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Latihan penggunaan VLE (Vitual Learning Environment)

Monday, October 21, 2013

Latihan penggunaan VLE (Vitual Learning Environment)


Saya tertarik untuk menulis sesuatu berdasarkan pengalaman saya ketika menghadiri kursus penggunaan VLE di dua tempat iaitu di tempat saya bertugas dan juga kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar baru-baru ini. Program VLE ini adalah suatu program yang hebat pada pandangan saya sekiranya kita mempunyai ilmu dan sedaya upaya cuba untuk menguasainya.

Kursus yang pertama yang saya hadiri ialah kursus yang di anjurkan oleh pihak sekolah dan bersama-sama saya di dalam kursus ialah rakan-rakan sekerja dari sekolah yang sama. Kursus ini juga di kendalikan oleh penyelaras ICT sekolah. Manakala kursus yang dianjurkan oleh PPD Kuala Kangsar adalah kursus bersama dengan barisan guru cemerlang dari tiga buah daerah iaitu, Kuala kangsar, Larut Matang Selama dan Kerian. Sebelum saya hendak bercerita dengan lebih lanjut tentang pengalaman di kursus ada baiknya saya ceritakan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan VLE (Vitual Leaning Environment)

VLE

"A virtual learning environment (VLE)", ialah suatu pembelajaran maya "e-learning" berdasarkan sistem maya di dalam WWW yang menjadikan model pembelajaran konvensional dengan menyediakan ruang pembelajaran maya yang boleh diakses oleh keseluruhan kelas, isi kandungan pembelajaran di dalam kelas, ujian, kerja sekolah, pengredan, tugasan dan juga akses kepada maklumat luaran seperti maklumat akademik dan halaman halaman yang bermanfaat untuk pelajar. Sistem ini juga menyediakan ruangan sosial yang membolehkan murid dan guru berkomunikasi sama ada perbincangan ilmiah atau berkomunikasi santai.

VLE juga boleh berlaku secara "synchronously" atau "asynchronously". Dalam sistem "synchronous", pengguna akan berjumpa dalam “real time”, dan guru akan mengendalikan kelas secara maya atau "virtual classrooms". Murid akan berkomunikasi melalui mikrofon, berchating atau menulis sesuatu di atas papan putih kelas maya. Manakala di dalam sistem "asynchronous" learning, yang kadang-kadang dikenali juga sebagai pembelajaran kendiri, murid dijangkakan akan menyelesaikan tugasan dan latihan yang diberikan guru melalui sistem.

Pembelajaran secara VLE pada umumnya membolehkan:

1. Pengurusan Isi pembelajaran - dengan cara penghasilan, penyimpanan, akses dan menggunakan sumber pembelajaran yang di sediakan

2. Pemetaan dan perencangan kurikulum - termsuklah plan pembelajaran, latihan dan membina pengalaman pembelajaran maya bagi murid/pelajar

3. Hubungan antara guru, murid dan pengurusan - kebolehan mengakses maklumat pembelajaran dan memantau serta mengikuti perkembangan pembelajaran dan pencapaian di dalam matapelajaran.

4. Berkomunikasi dan berkolaborasi - melalui email, notis, chat, wiki, blogs dsbnya

Pengalaman berkursus di dalam dua kumpulan

Sepertimana yang saya kisahkan di atas tadi kursus pertama ialah saya bersama dengan rakan-rakan guru di sekolah tempat bertugas. Dalam kursus pertama yang saya hadiri, kebanyakan rakan-rakan agak teragak-agak untuk memulakan langkah di dalam penggunaan VLE ini kerana ramai beranggapan suatu projek yang akan menyusahkan kerana akses internet yang terlalu rendah di kalangan pelajar umumnya di Padang Rengas serta kawasan sekitarnya. Ada yang berkata mengikut kajian mereka, kalau dikatakan pelajar Padang Rengas sebanyak 12 000 orang, mungkin tak sampai 3000 adalah pengguna internet. Kadang-kadang kita sebenarnya tidak sedar yang pelajar di Malaysia adalah pengguna internet yang paling ramai sekali dan umum mengetahui bahawa Malaysia berada di tangga yang ke-3 mengikut jumlah pengguna internet teramai di dunia. Kekalutan semasa kursus di tambah lagi dengan penyelaras ICT sekolah gagal menguasai dengan sebaiknya apakah itu VLE. Ini menjadikan sesi kursus yang di kendalikan di sekolah agak membosankan dan masing-masing baik penyelaras mahupun peserta kursus gagal memanfaatkan ruang waktu yang diperuntukkan pada ketika itu. Maka setelah habis kursus, saya masih lagi terpinga-pinga dan tidak melakukan sebarang penambahbaikan ke atas laman VLE saya.

Kursus yang kedua yang saya hadiri agak berbeza keadaannya. Ini kerana kursus yang kedua ini saya hadiri bersama-sama dengan GC dari tiga buah daerah yang berbeza. Lebih menarik kerana ramai di kalangan GC telah membuat kajian dan study terlebih dahulu sebelum mereka menyertai kursus. Ini membuatkan suasana kursus pada hari itu amat mengujakan serta banyak ilmu tentang VLE yang saya perolehi pada hari itu. Antara yang menarik ialah mengapa VLE dilaksanakan di Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan apakah harapan KPM pada masa hadapan. Maklumat-maklumat yang diperolehi begitu berharga sekali dan memotivasikan saya untuk mengendalikan VLE dengan lebih bersemangat.

Saya yakin dan pasti VLE ini mampu mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang amat menarik dan memudahkan guru untuk melaksanakan kaedah pembelajaran guru sebagai pembimbing. Kaedah pembelajaran konvensional, guru menulis di hadapan papan tulis mungkin suatu hari nanti sudah tidak relevan dengan sistem teknologi maklumat yang sedang menghambat dan mungkin meninggalkan kita ini. Pada pendapat saya, guru harus lebih memperkasakan diri di dalam ilmu teknologi supaaya sentiasa di hadapan bila bermain-main dengan teknologi. Teringat akan satu kata-kata hukama yang diberikan kepada saya oleh Guru Cemerlang Fizik SMT Alor Setar Koay Cheng Kuan..."Know your stuff, and then you can stuff them"... Sekian

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--