expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Gunakan wang bonus anda dengan bijak

Thursday, January 15, 2015

Gunakan wang bonus anda dengan bijak


Tahniah kepada semua penjawat awam termasuk diri saya sendiri kerana menerima bayaran bonus tahun 2014 pada hari ini (15/01/2015). Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan bonus pada pertengahan bulan Januari 2015. Ucapan ini terbit daripada diri saya kerana saya melihat ramai rakan rakan sekerja mengeluh dengan kekurangan dana untuk menghantar anak anak mereka di sekolah sekolah berasrama. Malah ramai yang menangguhkan bayaran yuran makan asrama serta kelengkapan pelajar di asrama kerana kekurangan dana. Saya percaya semua orang mengetahui dimana kelemahan kebanyakan kita apabila berhadapan dengan maklumat kewangan dan perancangan kewangan. Saya bukanlah perancang kewangan berdaftar cuma ingin menulis sesuatu berdasarkan pengalaman saya menguruskan kewangan peribadi sejak 5 tahun yang lepas. Diantara kelebihan apabila mendapat bonus tahunan ialah kita mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Apabila mendapat lebihan wang kita seharusnya melihat dimana hendak meletakkan wang tersebut dan gunakannya untuk membina dana keperluan dimasa mendatang. Mungkin ada juga yang terlintas untuk melaburkan sejumlah wang di tempat tempat yang memberikan pulangan yang tinggi. Sebelum kita memulakan langkah yang bijak untuk melabur, terdapat dua isu penting yang perlu kita perhatikan iaitu dana kecemasan (adakah kita mempunyai akaun khas untuk dana kecemasan) dan yang kedua adakah kita mempunyai hutang tertunggak atau ansuran bulanan tertunggak yang masih belum dibayar. Jika kedua dua isu ini selesai maka mulakan perjalanan kita dalam alam pelaburan yang amat mengujakan. Persoalan timbul dimana harus kita meletakkan wang kecemasan sekiranya belum ada dana khas untuknya. Bagi saya dan berdasarkan pengalaman saya, letaklah di dalam Amanah Saham Bumiputera atau di dalam simpanan deposit tetap yang memberikan pulangan yang memuaskan setiap tahun.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--