Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Bola Tampar Kelab Sukan dan Kebudayaan DUN Chenderoh, Parlimen Padang Rengas



Hari ini (09/08/2009) berlansung kejohanan sukan KSK Dun Chenderoh, Parlimen Padang Rengas. Saya terlibat secara lansung dalam kejohanan ini di mana saya menjadi pengadil untuk kejohanan disamping menguruskan empat pelajar tingkatan empat dan seorang staf SMTKKangsar yang bermain untuk Zon Beluru.


Dalam kejohanan ini, sebanyak 6 pasukan bertanding iaitu pasukan dari Jamuan, Beluru, Cheh, Kubang Halban, Kati dan Sauk.
Dalam kejohanan ini, pasukan saya berjaya sampai ke peringkat akhir tetapi tewas dengan pasukan Sauk dengan 1-2 (25-18, 21-25, 12-15)
Bagaimanapun saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar dan staf dan berharap kami akan menjadi johan apabila kejohanan yang serupa di adakan di DUN Lubok Merbau nanti.
Walaupun agak letih dua hari ini (08/08/09 dan 09/08/09) tapi saya berpuas hati kerana dapat bersama-sama memeriahkan Kejohanan KSK pada tahun ini.
Tahun depan pasukan Bola tampar SMT KKangsar akan lebih memberikan saingan diperingkat pertandingan MSSD Kuala Kangsar. InsyaAllah


0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--