Saturday, March 13, 2010

Keputusan SPM 2009 SMTKKangsar


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita meluangkan masa untuk berada di dalam alam siber ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wassalam, para sahabat Baginda, ahli keluarga serta para pejuang-pejuang yang menjadi penerus kepada perjuangan BagindaShalallahu Alaihi Wassalam zaman berzaman

Sebagai ingatan kita bersama sebelum saya meneruskan penulisan ini, marilah kita bersama-sama memahat dalam hati kita bahawasanya Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam dan segala isinya adalah untuk hambaNya yang bergelar 'insan'. Allah Subhanahu Wata'ala tidak mengurangkan walau sedikit dari nikmatNya kerana setiap nikmat adalah suatu keperluan kepada hamba-hambaNya.

Agak lama juga saya tidak mengeluarkan artikel dalam blog ini, ketiadaan artikel adalah kerana saya menghadapi masalah sambungan internet. Syukur sambungan telah dapat di atasi pada hari ini.

Alhamdulillah keputusan SPM 2009 telah selamat diumumkan pada 11 Mac yang lalu. Tanniah dan Syabas kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan usaha lagi untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi SMTKKangsar, pencapaian SPM 2009 menunjukkan peningkatan di peringkat dalaman dengan memperolehi GP 5.22. Tanhiah kepada semua rakan-rakan guru yang berusaha bertungkus lumus dalam mendidik pelajar yang kita sayangi.

Bagi mata pelajaran Applied Science, GP nya ialah 4.906. Ianya merupakan satu pencapaian yang cemerlang, namun jika dibandingkan dengan 7 buah SMT Perak yang juga menawarkan Applied Science, SMTKKangsar berada di kedudukan ke-6 dari 7 buah sekolah.

Setakat ini, apabila saya menerima SMS dari rakan-rakan guru SMT yang mengajar Applied Science, belum pun ada SMT yang berjaya di atasi oleh SMTKKangsar.

Nampaknya, tepaksalah saya berusaha dengan lebih gigih lagi di tahun ini untuk meningkatkan GP Applied Science SMTKKangsar......

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--