Wednesday, August 2, 2017

Review buku "Perpustakaan dalam Islam"

0 comments
Assalamualaikum semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini. Entry kali ini saya akan membicarakan sebuah buku kecil bersaiz poket yang di tulis oleh seorang tokoh ilmuan yang sekarang menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, siapa lagi kalau bukan Al Fadhil Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Uniknya susuk tubuh Ustaz merupakan rakan baik kepada teman sekerja saya sewaktu saya bertugas di Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Saya mula mengenali tulisan Ustaz Dr Zulkifli melalui karya beliau pada tahun 2005 iaitusebuah buku bertajuk " Perbezaan pendapat di kalangan Mazhab, sebab-sebab, adab dan penyelesaiannya".Tulisan beliau dalam buku ini begitu membuatkan saya tertarik untuk mencari lagi koleksi tulisan beliau di dalam pasaran. Alhamdullillah buku yang saya hendak reviewkan kepada tuan tuan merupakan koleksi buku saya hasil penulisan Ustaz Zulkifli yang ke 25.
Penulis membahagikan buku ini kepada 10 bahagian dengan olahan bahasa pada setiap bahagian dengan begitu santai dan amat menarik sekali. Dalam bahagian 1, penulis memberikan definisi perpustakaan dari sudut bahasa mengikut terjemahan kamus Inggeris, Arab dan melayu. Pada bahagian 2, bicara penulis tertumpu kepada beberapa jenis pembahagian perpustakaan sseperi kategori perpustakaan negara, perpustakaan akademi, perpustakaan awam, perpustakaan khusus, perpustakaan mini dan apa itu yang dimaksukan dengan pusat sumber. Penulis juga menyatakan seiring dengan perkembangan semasa, kaedah penyimpanan khazanah di perpeustakaan telah mengalami revolusi dengan penyimpanan buku dan karya individu tertentu ada sesetengahnya di simpan dalam bentuk digital. Bahagian tiga menceritakan tentang perpustakaan yang terdapat dalam dunia Islam. Bermula dari sejarah terbina perpustakaan yang hebat di kota Baghdad hasil kerjasama antara pemimpin kerajaan Abasiyyah dan ulama pada ketika itu. Perpustakaan di kota Baghdad pada ketika itu mempunyai ratusan koleksi buku dari bahasa Arab dan bahasa asing. Perpustakaan ini di namakan Baitul Hikmah dan bgitu terkeanl sekali dalam dunia Islam pada ketika itu. Tetapi malangnya, usaha yang bersungguh-sungguh menubuhkan perpustakaan ini telah di musnahkan dengan sekelip mata oleh tentera Monggol pimpinan Hulugu Khan. Sehinggakan api yang marak hasil dari pembakaran buku di Perpustakaan Baghdad ini menyamai ketinggian Masjid Agung di Kota Baghdad itu. Penulis juga menceritakan perpustakaan yang di beri nama Darr Al Qurra, Dar al Ilmi, Dar Ilm Syabur, Dar al Kutub dan beberapa perpustakaan yang di bina oleh beberapa pemimpin Islam yang begitu cintakan buku. Bahagian 4, menceritakan tentang beberapa perpustakaan yang terkenal di Benua Barat seperi yang salah satunya perpustakaan yang pernah di masukkan dalam filem National Treasure 2, ketika Nicholas Cage mahu mencari rujukan tentang artifak yang dijumpainya. Perpustakaan yang dimaksudkan itu ialah Perpustakaan Kongress atau Library of Congress yang terletak di Washington DC.Antara perpustakaan besar lain yang dimuatkan oleh penulis dalam buku kecil ini seperti Perpustakaan Akademi Sains Rusia, Perpustakaan Kebangsaan Jerman, Perpustakaan Kebangsaan Kanada, Perpustakaan British, Perpustakaan Kebangsaan China dan beberapa lagi perpustakaan yang terkenal di seluruh dunia. Di dalam bahagian 4 ini juga, penulis memuatkan beberapa gambar menunjukkan bangunan dan suasana di dalam perpustakaan itu sendiri seperti susunan dan pengkatalogkan buku. Saya secara peribadi begitu teruja sekali apabila melihat perpustakaan yang hebat-hebat ini seperti Perpustakaan Seattle serta Perpustakaan Sejarah Perubatan Osler di Montreal. Kanada. InsyaAllah satu hari nanti sebelum saya memejamkan mata buat selamanya, saya akan cuba berkungkung ke salah sebuah perpustakaan yang penulis sebutkan dalam buku ini Bahagian 5 menceritakan beberapa perpustakaan peribadi milik ulama Islam. Antara perpustakaan ulama yang disebutkan penulis dalam bahagian ini ialah Perpustakaan al-Muntasir Billah ABu al-Ash al-hakam bin Abdul Rahman (seorang ulama di zaman pemerintahan Umayyah di Kota Andalusia), Perpustakaan milik Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Maktabah Dr Aidh al-Qarni serta banyak lagi perpustakaan hebat milik peribadi ulama Islam yang terkenal. Minat ulama terhadap perpustakaan mencerminkan Islam amat menekankan budaya membaca. Antara kisah menarik yang penulis muatkan di dalam bahagian 6 ialah bagaimana pada suatu ketika Ibnu Sina, tokoh ilmuan Islam yang terkenal merawat seorang raja sehingga sembuh. Lantas maharaja itu meminta akan menganugerahkan apa apa sahaja permintaan dari Ibnu Sina. Ibnu Sina dengan cepat berkata"Wahai tuanku, saya mendengar tuanku memiliki perpustakaan yang besar, boleh kah saya masuk ke dalamnya?" Raja itu tercengang dengan permintaan Ibnu Sina kerana merasakan sudah tentu ganjaran wang yang akan diminta oleh tokoh itu. Secara ringkasnya minat ulama pada perpustakaan melambangkan budaya iqra' itu memang wujud dalam kalangan pencinta ilmu. Dalam bahagian 7, penulis mencadangkan cara bagaimana membina perpustakaan peribadi.
Kata Plato "A house with a library in it has a soul" - Rumah yang ada perpustakaan di dalamnya mempunyai jiwa/roh. Penulis berkongsi 10 tips bagaimana membina sebuah perpustakaan peribadi di rumah. Antaranya beli buku sedikit demi sedikit dan insyaAllah akan menjadi banyak di kemudian hari. Bahagian 8: Washington sebuah bandar raya pembaca. Bahagian 9 : Karya-karya Penulis Bahagian 10: Motivasi Untuk Membaca Penutup Buku kecil ini amat sesuai untuk saudara yang minat membaca dan berhasrat membina perpustakaan peribadi di rumah anda yang tercinta Berilah jiwa kepada rumah kita, kerana dengan adanya roh buku di rumah, anak2 akan secara automatik minat untuk membaca Wasalam.... SAS Julai 2017

Baca selengkapnya...

Tuesday, January 10, 2017

Dari SMTKK/SMVKK/KVKK ke SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar

0 comments
Salam pertemuan kembali setelah hampir 2 tahun saya tidak memuatkan entri. Terasa rindu seketika dengan blog ini setelah lama saya tinggalkan. Entri kali ini ingin memuatkan perjalanan karier saya sebagai guru telah mengorak ke suatu langkah yang baru. Tanggal 01 September 2014, saya telah memulakan tugas di tempat yang baru iaitu di SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Sebuah sekolah primer aliran Melayu di daerah Kuala Kangsar. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sistem pendidikan vokasional untuk meneruskan minat sayauntuk mengajar subjek Kimia tingkatan 4 dan 5. Maka bermulalah dari saat September 2014 saya memulakan kehidupan baru di sekolah akademik harian di Kuala Kangsar.
Memulakan kehidupan bertugas di SMK Bukit Merchu merupakan suatu pengalaman yang menarik kerana 100% pelajar nya merupakan pelajar berketurunan melayu. Kebanyakan pelajar di SMK Bukit Merchu datang dari kawasan sosio ekonomi golongan pertengahan yang majoriti nya merupakan penjawat awam di kawasan Kuala Kangsar. InsyaAllah akan bersambung di lain entri

Baca selengkapnya...
 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--