expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Peperiksaan di Bulan Puasa...

Sunday, August 22, 2010

Peperiksaan di Bulan Puasa...


Alhamdulillah dapat bertemu kita pada kali ini setelah hampir 2 minggu tiada sebarang catatan terbaru ditaip. Sesungguhnya memang benarlah kata hukama' yang menyebut antara nikmat yang besar adalah mempunyai kelapangan masa. Setiap orang di dalam dunia ini diberikan masa 24 jam. Ada yang mengeluh tidak cukup masa, dan ada yang bersyukur dengan masa yang diberikan.

Sedar ataupun masih lalai kita bergantung kepada tahap kualiti dalam pengurusan masa kita. Kita sekarang sudahpun masuk ke dalam hari-hari akhir minggu kedua Ramadhan al-Mubarak. Marilah bersama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini.

Bermula dari 18 hb Ogos yang lepas peperiksaan percubaan SPM dijalankan. Selamat berjaya diucapkan kepada sekalian pelajar di Sek Men Teknik Kuala Kangsar.

Keunikan peperiksaan di bulan puasa ialah kita mampu untuk menguruskan masa yang lebih untuk mengulangkaji pelajaran. Jika pelajar seorang yang bijak, gunakanlah masa sesudah sahur untuk menelaah matapelajaran yang bakal ditempuhi dalam peperiksaan,

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--