expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Bahaya merokok semakin meningkat...

Saturday, January 18, 2014

Bahaya merokok semakin meningkat...


Salam pertemuan kepada semua rakan - rakan pengunjung sekalian. Semoga anda sekalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga dan insan tercinta. Hari ini (18/1/2014) saya ingin berkongsi tentang suatu artikel daripada akhbar The Star yang sempat saya baca dan keluarkan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Mengikut kajian terbaru daripada Bahagian Penyelidikan Kesihatan Amerika Syarikat, tabiat merokok sekarang akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang lebih serius berbanding 10 tahun dahulu, Jika dahulu masalah yang sering di sebut ialah barah paru-paru sekarang masalah kesihatan yang bertambah ialah, rabun jauh dan dekat, kencing manis, mati pucuk dan barah hati.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mengapa tabiat merokok pada zaman sekarang lebih berbahaya kerana kandungan bahan kimia semasa proses pembuatan rokok telah berkembang dari tahun ke tahun. Pertambahan dari segi peratus komposisi bahan kimia yang digunakan dan juga pertambahan bahan kimia baru adalah antara penyebab risiko kesihatan akibat merokok bertambah.
Megikut kajian tersebut juga, penerima asap kedua juga akan mengalami pertambahan dari segi serangan strok.
Semoga perkongisian ini akan menimbulkan kesedaran kepada para perokok dan orang-orang yang berada di sekeliling perokok.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--