Sunday, October 17, 2010

Adakah kita masih lagi sama seperti dahulu?...


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanahu wata'ala kerana dengan limpah rahmatnya mampu kita meluangkan masa untuk mengunjungi blog ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wassalam pembawa risalah rahmat untuk sekalian umat manusia.

Hari Sabtu yang lepas (16/10/2010) merupakan hari di mana banyak diadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan jemaah haji pada tahun ini. Tidak ketinggalan juga dalam ribuan jemaah haji pada tahun ini ada beberapa orang guru dari SMT Kuala Kangsar akan menunaikan ibadah haji. Tahniah dan semoga beroleh haji yang mabrur kepada rakan-rakan guru dari SMT Kuala Kangsar.

Apa yang menarik untuk dikongsikan bersama ialah corat-coret guru semasa berada di majlis kenduri kesyukuran tersebut. Antara isu yang panas yang dibincangkan ialah isu belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh YAB PM 1Malaysia. Ramai dikalangan rakan-rakan hanya memfokuskan bonus tahunan kepada penjawat awam tanpa ada perbincangan yang lebih meluas selain dari isu itu. Apabila ada rakan yang cuba mengubah topik perbincangan kepada isu selain bonus, rakan-rakan seperti tidak berminat dan tidak memberikan mahu perhatian. Pada saya inilah masalah yang jelas dalam pemikiran kebanyakan kita, kita terlalu memikirkan hal yang kecil tanpa mahu mengetahui hal-hal yang lebih membina minda kita. Apa salahnya jika kita mengambil tahu sedikit tentang bagaimana kerajaan menguruskan wang kita setiap tahun. Ini tentu akan menyedarkan betapa penting dan rumitnya sesebuah kerajaan menguruskan dana untuk setiap rakyatnya. Jika kita perkara ini tentu kita akan sedar mengapa kerajaan tidak menyediakan bonus kepada kakitangan kerajaan pada tahun ini.

Corak pemikiran kita seharusnya diasuh untuk berubah dari memikirkan perkara-perkara yang kecil kepada perkara yang lebih besar dan lebih penting. Sebagai contoh tidakkah kita berasa rugi jika sampai kita di umur 30-an dan 40-an tapi masih lagi memikirkan kedudukan pasukan dalam liga perdana Inggeris? ataupun masih lagi memikirkan siapa selebriti yang akan bercerai?. Seharusnya kita khususnya saya dan rakan-rakan yang beragama Islam sudah mula memikirkan soal keagamaan kerana kita pasti akan menemui kematian pada suatu hari. Usaha yang lebih giat dan bersepadu seharusnya dilakukan untuk bersedia takkala kita menghadapi kematian.

Sepanjang kehidupan kita dan sepanjang kita menceburi apa jua pekerjaan dan profesion pun kita harus senantiasa berusaha berubah untuk menjadi lebih baik dari hari permulaan kita bekerja. Adalah menjadi satu kerugian kiranya kita masih lagi di takat yang lama setelah berpuluh tahun menceburi bidang yang kita berada di dalamnya sekarang. Tentu saja suatu hari nanti kita akan merasa satu kerugian jika kita tidak berubah.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi orang yang berubah ke arah kebaikan. Sesungguhnya perubahan itu memerlukan suatu uasaha yang amat akan menerima cabaran yang kita tidak akan ketahui apa yang diterima. Kukuhkanlah minda kita untuk mencapai perubahan. InsyaAllah kita akan mampu melakukannya.

Wassalam

(Ini merupakan pendangan peribadi, maafkan saya kiranya ada menguris perasaan sesiapa.)

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--