Wednesday, October 6, 2010

Kandungan Menarik dalam Majalah Kosmik Oktober 2010


Bersyukur kita ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya mampu kita meluangkan masa untuk berada di dalam alam maya ini.

Antara majalah yang menjadi koleksi saya sejak dari tahun 2002 ialah majalah Kosmik keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah ini selalu memuatkan artikel tentang dunia sains dan teknologi. Ramai pakar-pakar sains tempatan sering menyumbangkan artikel dalam majalah ini. Antaranya Dr Daniel Zainal Abidin dan Prof Halimatun.

Keluaran Oktober agak menarik untuk dibincangkan kerana isu pada bulan ini mengambil tajuk "Teknologi Pemindahan Embrio Haiwan"
sebagai perbicangan.

Perbincangan mengenai teknologi pemindahan haiwan ini amat relevan sekali dengan matapelajaran Applied Science. Ianya bukan sahaja dapat menambah pengetahuan kita malah artikel di dalam majalah ini memperkenalkan kita kepada beberapa istilah baru dalam teknologi pembiakbakaan.

Memang telah dibincangkan sewaktu pengajaran di dalam kelas tentang kepentingan pemanian beradas. Artikel hasil daripada wawancara bersama dengan Dr Jothi Malar, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan, UPM menjelaskan kepentingan dan keperluan pemanian beradas dalam konteks penternakan di Malaysia.

Milikilah majalah Kosmik pada bulan ini kerana ia akan membantu anda untuk lebih jelas tentang kaedah pemindahan embrio dan pemanian beradas.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--