Salah satu matapelajaran yang saya minat dizaman sekolah menengah ialah kimia atau chemistry. Lantaran dari minat yang begitu mendalam dalam subjek ini saya mengambil keputusan untuk menerokai ilmu ini semasa berada di Universiti.
Hasilnya saya menjadi seorang yang berkelulusan dalam bidang kimia. Tambahan pula mengajar mata pelajaran kimia di sekolah selama 6 tahun lamanya.
Tetapi bermula pada tahun ini (2009) oleh kerana bilangan guru kimia yang semakin bertambah di sekolah dan kehadiran subjek applied science, saya tidak lagi mengajar mata pelajaran kegemaran saya. Hakikatnya ilmu ini semakin pudar dalam ingatan saya.
Justeru itu bermula dari minggu hadapan, saya bukan sahaja akan membincangkan tentang subjek applied science tetapi juga saya akan berusaha untuk membincangkan subjek kimia setakat mana yang saya mampu.
Dalam posting saya nanti saya akan sertakan
1. Nota-nota MS Powerpoint yang telah saya hasilkan selama mengajar kimia 6 tahun yang lau
2. Latihan-latihan dalam kelas samada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris
3. Soalan-soalan peperiksaan yang pernah dihasilka oleh saya sepanjang mengajar matapelajaran kimia atau chemistry.
Sepanjang tempoh mengajar kimia di SMTKKangsar selama 6 tahun keputusan peperiksaan SPM untuk subjek kimia kelas yang saya ajar di SMTKKangsar agak baik dimana setiap tahun kelas yang saya ajar mendapat keputusan 100%.
Saya ingin berkongsi maklumat dan berbincang dengan anda semua dalam usaha meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan saya dalam ilmu kimia.
Semoga dengan usaha ini, pengetahuan saya dalam ilmu kimia tidak akan terbiar dan hilang selamanya.
13 years ago
0 comments:
Post a Comment