13 years ago
Friday, August 21, 2009
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak. Sesungguhnya pada setiap saat di dalam Ramadan ini terhimpun padanya segala-galanya dari Allah Azza wa Jalla.
Semoga Allah subhana taala menganugerahi kita ketaqwaan yang dapat mendinding kulit dan tubuh kita dari seksaan dan bencana yang tidak akan berakhir selama-lamanya di akhirat.
Semoga kita dapat merasai dan mengalami kedua-dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan di kala berbuka puasa dan kegembiraan yang hakiki sewaktu bertemu Allah.
Semoga kita membaca al-Quran dengan perasaan wahyu al-Quran itu Allah turun kepada kita. Supaya kita boleh berfikir pada setiap baris yang kita perlu fikirkan. Supaya kita dapat amalkan pada ayat yang kita wajib laksanakan. Supaya kita beringat pada larangan dan hukum haram. Supaya kita mengambil iktibar pada qasas al-Anbia’ dan golongan salihin. Supaya kita jadikan sempadan daripada terikut golongan yang laa’ibin, ghafilin, mujrimin, fasiqin, munafiqin, dan kafirin.
Semoga kita berlumba-lumba menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa. Semoga kita lebih banyak bersedekah kepada sesiapa sahaja walau banyak atau sedikit yang kita ada.
Di bulan Ramadan kita berpuasa lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan lain yang kita puasa. Pada bulan ini juga kita bersembahyang lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan yang lalu. Pada bulan ini kita bersedakah, membaca al-Quran, membantu orang, berdakwah, dan apa jua amal kerja kita baik lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan yang lain. Semoga ketaqwaan yang diperoleh ini akan menjadi penguat kepada kita dalam untuk meningkatkan prestasi kita sebagai hamba-Nya yang benar-benar ‘ahsan’ dalam serba-serbi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment