Tajuk buku: 10 tokoh sarjana Islam paling berpengaruh di abad ke-20 dan ke-21
Buku yang saya pilih untuk di baca pada bulan ini ialah buku biografi yang dikarang oleh ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia
Buku ini menarik kerana ia menceritakan tentang 10 tokoh islam yang paling berpengaruh pada abad ke-20 dan ke-21. Tokoh-tokoh yang dikisahkan dalam buku ini oleh penulis amat berjasa dalam mengekalkan ilmu islam dam daulah islamiah yang semakin tercabar dewasa ini.
Sunnguh sedih apabila kematian para ulama yang amat berjasa, tiada siapa pun merasainya. Berbeza dengan matinya penyanyi seperti Michael Jackson masyarakat heboh terpampang didada-dada akhbar dan televisyen.
Benarlah kata Rasullullah SAW "Allah tidak akan mengambil ilmu dari satu-satu umat tetapi Allah akan mengambil nyawa orang-orag yang berilmu dikalangan mereka"
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali kerana berjaya menulis buku ini. Semoga dengan kehadiran buku ini dipasaran akan menaikkan semangat para muslimin dan muslimat di Tanah Melayu iaitu Malaysia ammya untuk meneroka ilmu yang maha luas ini.
10 tokoh yang telah dimuatkan dalam buku ini ialah
1. Mustafa Al-Syiba'iy (1915-1964)
"Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan"
2. Dr Yusuf Musa (1899-1963)
"Sesungguhnya umat ini tidak sunyi daripada orang yang pakar dalam perundangan Islam pada setiap zaman"
3. Mahmud Shalut (1893-1963)
"Saya rela berpisah dengan al-Azhar sekali lagi dan menyara kehidupan saya dan anak-anak dalam keadaan miskin daripada menggadai maruah"
4. Muhammad 'Imarah (1931-kini)
"Kebangkitan Islam ialah memberi kesedaran yang menyeluruh kepada umat Islam dan menjadikan umat Islam merdeka yang sebenarnya"
5. Muhammad Al-Ghazali (1917-1996)
"Siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia ini (tanah perkuburan Al Baqi')yang begitu dekat dengan Masjid Rasullullah? Lalu mereka menjawab, "Orang itu adalah Muhammad al-Ghazali".
6. Abu Hassan Ali al-Nadawi (1914-1999)
"Saya menulis buku-buku bukan untuk generasi saya tetapi untuk generasi kini dan seterusnya, bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk ditatap oleh generasi seterusnya sebagai bekalan dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini."
7. Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi (1934-1998)
"Pada hari ini, kita perlu menjadi seorang muslimin,seorang hamba Allah. Tidak ada penyembuhan melainkan kita menjadi hamba kepada kebenaran"
8. Syeikh Muhamad al-Mutawalli al-Sya'rawi(1911-1998)
"Jagalah dan peliharalah tawaduk kerana rahsia-rahsia ilmu tidak akan diperoleh oleh orang yang sombong"
9. Dr Wahbah al-Zuhayli (1932-kini)
"Berhati-hati dengan propaganda musuh yang senantiasa ingin meruntuhkan umat Islam yang ingin ke hadapan dan maju"
10. Dr Yusuf al-Qaradawi (1926-kini)
"Pada hakikatnya, saya mencintai segala jenis ilmu Islam serta ilmu-ilmu bantu yang dapat memberi kefahaman ilmu-ilmu Islam itu. Oleh itu, saya amat mencintai Bahasa Aab kerana bahasa Arab adalah lidah rasmi Islam. Disamping itu, Bahasa Arab adalah syarat memahami Al-Quran dan al-Sunnah, Ijtihad dan cara pengambilan hukum"
Begitulah 10 tokoh yang amat berpengaruh dalam dunia Islam yang telah dinukilkan oleh Ustaz Rumaizuddin
Banyak buku-buku dan kitab-kitab mereka yang telah dihasilakna oleh mereka dalam membantu menyelesaikan masalah umat pada abad ini.
Kepada raka-rakan pelawat blog ini yang cintakan ilmu..terokailah buku ini..Ia mungkin akan mengubah anda!
13 years ago
0 comments:
Post a Comment