Sunday, August 2, 2009

Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2009 untuk DG44(KUP)


"GIVING is SHARING and CARING"
Saya rasa agak terlambat untuk membincangkan perkara ini kerana surat siaran dari KPM telah pun dikeluarkan pada 08 Julai yang lalu.Tarikh untuk sampai ke meja Pengetua ialah 7 Ogos manakala tarikh akhir untuk sampai ke meja Jemaah Nazir ialah pada 14 Ogos 2009.
Saya sebenarnya pun baru mengambil borang pada 31 Julai yang lalu itupun nasib baca Portal PPD Kuala Kangsar, kalau menunggu di sekolah saja tak mungkin berita akan sampai kerana mereka yang sepatutnya menjalankan tugas selalu tidak berada di sekolah dan kebanyakannya bersikap acuh tak acuh ke atas permohonan guru cemerlang. Biasalah itukan lumrah kehidupan.
Dalam borang permohonan tahun ini dinyatakan sebanyak 1,457 kekosongan untuk jawatan DG44(KUP). Pada saya itu satu jumlah yang banyak memandangkan ramai kawan-kawan yang tidak berminat untuk memohon jawatan GC ini.
Banyak versi yang menakutkan daripada orang-orang yang tidak memegang jawatan GC. Tetapi versi yang indah dihidangkan oleh mereka yang memegang jawatan GC. Terpulanglah versi mana yang kita suka sebab masing-masing mempunyai pendirian dan hala tuju sendiri.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang ingin memohon bersama dengan saya pada tahun ini, teruskan niat anda yang murni itu kerana ALLAH akan sentiasa membantu orang-orang yang ingin maju ke hadapan
Kepada yang belum mengambil borang cepat-cepatlah muat turunnya di Portal KPM atau JPN atan PPD masing-masing.
Saya mengucapkan selamat pulun sampai habis dalam minggu ini (03 Ogos - 6 Ogos)kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyiapkan dokumen-dokumen sokongan dalam urusan permohonan guru cemerlang. Semoga berjaya mendapat jawatan yang dipohon.

2 comments:

Anonymous said...

macam mana? berjaya pulun ke? saya ingin berkongsi pengalaman thn lepas saya diarah oleh PPD supaya lekas2 isi, nak pakai byk GC konon. tergesa2 sang pegawai PPD tu, minta hantar by hand lagi..tup tup thn ni bila keputusan kuar, tak dapat pun! hampeh ..
bila tanya balik thn ni, dia kata borang tak lengkap kot.sedangkan dia dh proof read dan serah ke tgn dia..saper yg tak cemerlang nih!!!bila nak guna kita bagi ceramah sana sini, mulut manis, nak bawak lawatan bench marking tgk kita ngajo, lembut gigi dari lidah...

cikgusaiful on October 15, 2009 at 5:58 PM said...

biasala abang...inilah hakikat kita dalam sistem ni. kalau kita dapat, dapat le. kalau tak dapat nasib le. tapi yang paling penting perjuangan kita dalam pendidikan mesti terus berjalan ok...

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--