Saturday, September 28, 2013

Tips membina rumah di atas tanah sendiri

9 comments
Salam dan sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung yang dihormati. Semoga kalian sekarang ini berada dalam keadaad yang ceria dan bebas dari stres yang melampau. Agak lama saya tidak berbicara tentang sesuatu dalam blog ini, mungkin kerana kesibukan ataupun kekeringan ide untuk menulis akan sesuatu. Alhamdulillah sepanjang tempoh 6 bulan yang lalu saya agak sibuk dan telah berjaya menyiapkan projek rumah kami sekeluarga di Kuala Kangsar. Pembinaan rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan Malaysia di atas tapak tanah milik sendiri. Ada dua kaedah biasa yang digunakan iaitu yang pertama kaedah 'lump sum' kepada kontraktor dan kaedah kedua mengawal aliran tunai sendiri. Kedua-dua kaedah ini mempunyai pro dan cons nya, biasalah. Saya memilih untuk kaedah lump sum Entry kali ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman membina rumah di atas sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang ianya adalah perkara yang biasa dan tak perlulah di kongsikan kerana mungkin pada fikirannya semua orang tahu akan perkara ini. Baiklah,
antara perkara penting yang harusdi ambil kira semasa dalam proses pembinaan rumah ialah Pertama: Memilih pelukis pelan yang terbaik dan mengenakan harga yang berpatutan. Pelan rumah yang hendak dibina adalah perkara yang paling mustahak yang harus diambil kira oleh seseorang individu jika menetapkan matlamat membina rumah di atas tanah sendiri. Rajin-rajinlah kiranya meronda di sekitar kawasan tempat kita tinggal untuk mendapatkan idea pelan rumah yang cocok dengan citarasa kita. Selain dari meronda, internet juga adalah tempat yang menyediakan pelbagai maklumat yang banyak untuk menambahkan idea.
Kedua: Memilih kontraktor yang mempunyai kredibiliti dan status kewangan yang kukuh Perkara kedua yang amat penting ialah memilih kontraktor binaan yang terbaik pada kajian dan penelitian kita. Maklumlah, pembinaan rumah menggunakan pinjaman kerajaan akan memaksa kontraktor mengeluarkan duitnya dahulu sebelum mendapat bayaran dari pihak kerajaan. Sesetengah kes bayaran kepada kontraktor mungkin akan mengambil masa selama 3 hingga 5 bulan
Ketiga: Memilih peguam yang terbaik di kawasan anda dan mempunyai rekod yang cemerlang Peguam yang menguruskan pembayaran wang ke atas kontraktor juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan rumah kita. Sebaiknya peguam yang dipilih itu mudah untuk kita berbicara dengannya. Alhamdulillah peguam yang menguruskan pinjaman saya amat prihatin dan mudah untuk di bawa berbincang.
Keempat :Menyediakan simpanan khas untuk pembinaan rumah untuk menampung kos yang mungkin diperlukan Saya merasakan perkara yang keempat ini juga penting kerana tanpa kekuatan kewangan 'back up' mungkin rumah kita akan terbengkalai. Ini kerana semasa dalam pembinaan sedang berlansung, pelbagai idea baru muncul dalam kepada kita untuk pengubahsuaian. Setiap pengubahsuaian jika tidak terdapat di dalam kontrak perjanjian akan menyebabkan tambahan kos kewangan kepada kontraktor.
Kelima :Pemantauan berterusan Terakhir sekali ialah pemantauan oleh kita sebagai tuan punya projek semasa pembinaan rumah sedang berjalan. Ini bertujuan untuk memastikan spesifikasi yang ditetapkan oleh kita akan dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menarik yang berlaku semasa pembinaan rumah dan menambahkan pengalaman kita. Cuma lima tips ini sahaja yang mampu saya nukilkan pada waktu ini kerana merasakan ianya adalah penting. Semoga pekongsian ini memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengunjung sekalian...In Sha Allah.. Wasalam

Baca selengkapnya...
 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--