Friday, July 31, 2009

Ustaz Hamdan kembali ke rahmatullah

0 comments
Pada hari ini, saya menerima berita yang agak sedih dan menyayat hati apabila ustaz yang saya kenali semasa di Pulau Pinang dalam tahun 2003 telah kembali ke rahmatullah
Semasa saya membuat diploma pendidikan di Pulau Pinang, saya selalu mengikuti kuliah yang di adakan oleh ustaz hamdan. Walaupun ustaz sibuk memegang jawatan ADUN Permatang Pasir atau orang Penang kata Permatang PASSiarg!, namun ustaz masih lagi mampu mengadakan kuliah agama.
Perkenalan saya dengan ustaz hamdan hanyalah sebagai guru dan pelajar, rasa saya ustaz hamdan mungkin tidak mengenali saya namun kata-kata dan nasihat ustaz dalam kuliah akan terpahat di hati dan menjadi panduan saya menempuhi hidup ini.
Semasa menjalani latihan mengajar di SMK Penanti di Kubang Semang BM, saya sering menggunakan jalan Permatang Pasir untuk ke Butterworth atau untuk pulang ke Sungai Petani, selalu juga saya perhatikan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di tepi jalan. Banyak kereta dan motor yang datang. Ustaz Hamdan memang mesra dan soft spoken
Akhir sekali saya memohon kepada Allah yang maha Esa agar mencucuri rahmat kepada ustaz hamdan dan juga permudahkanlah perjalanan ustaz hamdan di alam barzah
Baca selengkapnya...

Thursday, July 30, 2009

Program teknik menjawab SPM Applied Science 2009

0 comments
Hari ini Panitia saya (Applied science) telah menjalankan program teknik menjawab kertas soalan 4581/1 dan 4581/2. Alhamdullilah kedatangan pelajar berada pada tahap yang membanggakan. Daripada 227 orang calon yang mengambil kertas ini, seramai 196 orang hadir ke sekolah untuk program ini
Program ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu
Sesi 1 - 7.30 - 11.10 (untuk 4581/1)
sesi 2 - 11.30 - 3.10 (untuk 4581/2)
Saudara/saudari boleh melihat persembahan powerpoint saya atau dengan muat turunnya dengan click kepada icon save dibawah


Saya secara peribadinya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Terutama kepada
1. Saudara Mohmmad Khaldi bin Min
2. Saudari Rohaiza bt Yaakob
3. Saudari Norhaslinda bt Hashim
dan semua guru yang dapat meluangkan masa bersama kami ahli panitia Applied Science pada hari ini
Hanya Allah swt dapat membalas jasa dan budi baik tuan/puan sekalian
Baca selengkapnya...

Saturday, July 25, 2009

What is applied science?

1 comments


"Applied science is the application of knowledge from one or more natural scientific fields to solve practical problems. Fields of engineering are closely related to applied sciences. Applied science is important for technology development. Its use in industrial settings is usually referred to as research and development (R&D)."

So from the statement above it is understand that why applied science should be introduce to the technical student in Malaysia
The phrase "Field of engineering" mean that our student in SMT that offer vocational courses such as ABM, KFL, AUTO, PPU, EE and BB is related to applied science
Hopefully all the teacher in SMT Malaysia would understand the importance of applied science to our student
Baca selengkapnya...

Ulasan mengenai Buku teks Applied Science Form 4 dan Form 5

1 comments
Pada bulan ini (Julai) insyaallah saya akan menghabiskan sukatan pelajaran Applied Science di sekolah.Hakikatnya pelajar pada tempoh percubaan ini merasa begitu keliru dengan subjek ini kerana terlalu banyak kesilapan penulis buku teks yang jelas!
Saya sengaja mengulas isu ini kerana saya merasakan pihak yang menulsi buku teks kurang jelas dengan kehendak dan apa yang berlaku di alam persekolahan. Penulis buku teks merupakan pensyarah di UITM sudak tentu tidak merasai keadaan yang berlaku di suasana persekolahan pada masa kini
Buku teks Applied Science Tingkatan 4 & 5 ini mengandungi 10 modul iaitu
1. Force
2. Work
3. Rate and resistance
4. Energy
5. Power
6. Energy convertors
7. Light and Optical Systems
8. Continuity of Life
9. Nutrition
10. Synthetic Materials

Hari ini saya hanya akan membincangkan tajuk yang pertama iaitu Force. Saya akan cuba mengolahnya dalam bahasa Inggeris

Module 1 Force consist of 3 Unit which is
Unit 1.1 Force in mechanical systems
Unit 1.2 Pressure in Fluid Systems
Unit 1.3 Voltage in Electrical Systems
Unit 1.4 Temperature in Thermal Systems

What actually the essence of this module is that to introduce to the student the effect of force and its similar effect regading to Pressure, Voltage and Temperature to a system.
Unit 1.1 Force in mechanical systems
Student will be introduce to the meaning of force and the example of force applied in daily life and also the measurement of force and the apparatus used to measure force. You can see my note presented in MS powerpoint when you download

here


Student also going to examine and state what is balanced and unbalanced force
What would the student should achive here is able to overcome problem and applied the situation of balanced and unbalanced force. Activity 2 on page 8 and experiment 2on page 9 is also very useful to make student understand better of balanced and unbalanced force

Torque is new for me and also for a student. But actually it is easy when you understand the meaning of it. The purpose of having torque introduce to the student is this kind of force is very inline and corresponding to what they are learning in their vocational subject.
Hopefully my review on Unit 1.1 can be useful to all of you. Thanks for reading this article
Baca selengkapnya...

Kejohanan bolatampar sukan komuniti DUN Bukit Chandan Perlimen Kuala Kangsar

0 comments
Pada 26/07/2009 berlansung kejohanan sukan komuniti DUN Bukit Chandan Parlimen Kuala Kangsar, dalam kejohanan ini aku terlibat sebagai salah seorang pengadil yang menguruskan sukan bolatampar. Dalam kejohanan ini sebanyak 9 pasukan yang akan bertanding. Johan kejohanan ini ialah pasukan dari BOMBA, naib johan ialah POLIS, ketiga TSUNG WAH, Keempat MPKK. Saya berharap agar kejohanan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan untuk memeriahkan lagi sukan bola tampar di Parlimen Kuala Kangsar.
Baca selengkapnya...

Thursday, July 23, 2009

Pendirian Masing-masing

2 comments
Saya tertarik dengan komen dari salah seorang kawan saya tentang kewujudan dan artikel-artikel yang di keluarkan di dalam blog ini....komen dari saudara saya itu ada juga benarnya dan ada juga kontranya. Antara intipati komen saudara saya ialah beliau ada menyatakan yang kandungan blog ini tidak matang kerana hasrat beliau untuk melihat artikel dalam blog ini lebih membincangkan isu-isu yang lebih besar dan lebih menarik tidak tercapai. Memang saya mengaku blog ini kurang matang kerana pada asalnya tujuan membina blog ini adalah hanya untuk menulis sekadar saya mampu dan membantu rakan-rakan di smt seluruh Malaysia dalam P&P Applied Science serta memceritakan diari hidup saya di SMTKKangsar.....pada saudara saya itu..saya ucapkan terima kasih kerana komen yang diberikan...pada saya ianya komen yang membina
Blog ini bertajuk "APPLIED SCIENCE AT SMTKK" ianya sebagai luahan masalah dan kenangan saya mengajar di sekolah serta menceritakan kehidupan peribadi saya...blog ini hanya sebagai keseronokan saya menceritakan pengalaman saya di sekolah.....MAAFKAN SAYA KIRANYA BLOG INI KURANG MEMUASKAN HATI MANA-MANA PIHAK...
Baca selengkapnya...

Tuesday, July 21, 2009

Sekolah hari ini (21/07/09)

0 comments
Kelas hari ini 4 ABM (7.30 - 8.50), 4 KFL (9.30 - 10.50)
Tajuk hari ini Module 3 Rate and Resistance
Learning area : Rotational motion
Total minutes : 80 minutes


Baca selengkapnya...

Sunday, July 19, 2009

Mesyuarat di Melaka

0 comments
Pada 12 - 18 Jun lalu aku bersama Cikgu Rahim (PK SMT Muar), Cikgu Joned (PK SMT Kajang), Cikgu Markonah (GKMP Sains SMT Jasin), Cikgu Hindun (KP Applied Science SMT Kajang) bermesyuarat di Hotel Seri Costa, Melaka....Alhamdullilah mesyuarat berjalan dengan lancar...Dapat juga aku jumpa dengan Cikgu Rahim setelah setahun tidak ketemu....dapat le juga aku bergurau senda dengan dia..
Semasa di Melaka, aku sempat juga melawat Bangunan Merah (Stadhuys), Gereja St Paul, Replika Istana Melaka, Kapal Belanda, Pusat Membeli Belah dekat Banda Hilir..Melaka ni ok juga...Kalau kawan-kawan ada masa bawalah family ke sana ye untuk cuti-cuti Malaysia....
Kak Hindun sekarang ni dah jadi orang penting dalam subjek Applied Science bukan sahaja di semenanjung malah di sabah dan sarawak....bolehla dikatakan sumber rujukan kami masa di Seri Costa....
Kak Markonah aku baru kenal....rupa2nya terlibat dalam sukan hoki...budak dia le yang buta masa hoki MSSM di Perak..
Cikgu Joned....kesian aku tengok dia nampak makin kurus sejak memegang jawatan PK di SMT Kajang...dah dua tahun dah kalau tak silap aku...
Itulah cerita aku sepanjang di Melaka....maklumat dalam mesyuarat adalah sulit aku tak bolehla nak bagi tau ye....
Baca selengkapnya...

Saturday, July 18, 2009

Lamanya tak tulis.....

0 comments
Maafkan aku kerana agak lama baru aku menulis dalam blog ini...biasalah sibuk sampai tak sempat nak update...ada beberapa perkara yang akan aku update dalam tempoh 1 minggu depan
1. MSSM Volleyball 2009 (result game 1-final)1 Jun - 8 Jun 2009
2. SUPER 2009 Volleyball 12 - 16 Jun 2009
3. Powerpoint untuk module 6 - Energy converters Jun-Julai 2009
4. Kenangan aku di Melaka 12 Julai - 18 Julai 2009
Baca selengkapnya...
 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--