Monday, February 8, 2010

Sambutan hari jadi dan sindrom "neofilia"..


Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Hanya dengan kurniaNYA dapat kita bersama-sama meluangkan masa berada di dalam alam siber yang luas ini. Sesungguhnya kelapangan dan kesenangan untuk melakukan sesuatu itu adalah semata-mata rahmat dari Tuhan yang Maha Suci dan Maha Agung.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kaum muslimin, Nabi Muhammad SAW kerana pengorbanan beliau kita mampu menikmati sinar cahaya Islam dan Iman hingga ke saat ini. Tidak lupa juga jasa para sahabat Baginda SAW serta para ulama yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan demi menegakkan dan menyelamatkan syiar Islam dari tohmahan dan tekanan musuh-musuh Islam.

Antara salah satu budaya yang diserapkan untuk mengelirukan umat Islam ialah budaya sambutan harijadi. Kalau diselidiki melalui pembacaan sejarah tamadun Islam yang lampau, budaya menyambut hari jadi tidaklah menjadi amalan malah tidak pernahpun disambut pada zaman Nabi SAW, tabi'in, tabi' tabi'in malah sehingga zaman kerajaan Islam terakhir di Turki. Ianya bermula apabila kejatuhan kerajaan Uthmaniah di Turki setelah kaum muslimin kehilangan pemimpin (Khalifah) dan mengalami penjajahan pemikiran yang begitu dahsyat.

Antara salah satu amalan kita sebagai seorang muslimin yang terbaik ialah jika kita hendak mengerjakan sesuatu perkara, kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui adakah boleh kita mengerjakannya atau tidak berdasarkan panduan daripada golongan orang yang mahir dan tahu selok belok agama.

Secara psikologinya, manusia memang gemar kehadiran sesuatu yang baru dalam proses kehidupan mereka. Perasaan ini dipanggil "neofilia". Ianya merupakan perasaan keterujaan menyambut kehadiran umur yang baru. Kita akan berasa gembira dan seronok kiranya mendapat hadiah daripada rakan atau teman sekerja. Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh penyelidik di Universiti Yamagata, Jepun, keterujaan manusia amatlah berkait rapat dengan sejenis enzim mitikondria yang dinamakan monoamine oxidase. Bahan kimia inilah menyebabkan kita akan berasa seronok untuk menyambut hari jadi. Persoalannya, bolehkah harijadi diraikan?

Sebagai perkongsian ilmu, Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab persoalan ini dan boleh kita dapati versi videonya dalam Youtube (Hukum Sambut Hari Lahir). Antara yang disebut oleh Al-Fadhil Ustaz ialah menyambut hari lahir ialah bid'ah jaizah (perkara baru yang harus) ini berdasarkan fatwa dalam kitab 'Yas'alu nakafiddin" karangan Prof Dr Ahmad al - Syurbasyi(seorang ulama al-Azhar). Tetapi jika hari lahir disambut dengan cara meniup lilin ia adalah haram. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kita meninggalkan perkara yang baharu jika kita ragu-ragu akannya. Ia adalah lebih selamat.

Keduanya, saya memilih pendapat Prof Dr Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah menyambut hari lahir ini (boleh di dapati dalam Islam Online):
Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak 'significant' kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu 'achievement' yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin (kebiasaan) dan proses tabi’i saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran seperti solat hajat dan sujud syukur bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang-jarang dicapai oleh orang lain.

WaLlahu a’alam

1 comments:

Cikgu Mahfuza Mahmud on February 12, 2010 at 11:14 PM said...

Budaya asing yang terserap dalam masyarakat Islam amat halus sehinggakan kita yg jahil ini tidak menyedari tentang hal itu dalam amalan kita seharian. Di sinilah pentingnya peranan ilmu dalam membezakan yang hak dan batil.

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--