Sunday, February 21, 2010

Ulasan buku dibaca bulan lepas


Segala puji tertentu bagi Allah yang senantiasa kita memuji-Nya. Kita memohon pertolongan, hidayah dan keampunan daripada-Nya. Kita perlulah senantiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri kita dan kejahatan perbuatan kita.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia manusia; Saidina Muhammad SAW, penyudah segala rasul. Berbanyak terima kasih kepada para sahabat Rasulullh SAW kerana perjuangan mereka bersama dengan Rasulullah SAW sinar dan syiar Islam kekal sehingga mampu di tatap oleh kita pada generasi akhir zaman ini.

Sesungguhnya peristiwa peredaran matahari dan bulan itu merupakan suatu bukti kekuasaan Allah SWT yag maha agung bagi sesiapa yang memikirkannya. Kerana peredaran bulan dan matahari jugalah kita sebagai makhluk di muka bumi ini mampu menikmati nikmat siang dan malam. Allah SWT menjadikan nikmat siang sebagai waktu untuk kita mencari rezeki manakala malam untuk kita berehat menenangkan hati dan perasaan untuk mengingati-NYA.

Alhamdulillah, sepanjang bulan Januari dan Februari ini saya sempat menghabiskan membaca dua buah buku yang amat menarik bagi saya. Judul buku berkenaan ialah
1. Nilai dan Pengurusan Waktu dalam hidup Muslim
2. Israk Mikraj dan Perkara Ghaib

Buku pertama ialah
"Nilai dan Pengurusan Waktu dalam Hidup Muslim" karangan Maulana Prof Dr Yusof al-Qardhawi terbahagi kepada 9 bab iaitu
Bab 1 : Keprihatinan al-Qur'an dan as-Sunnah terhadap waktu
Bab 2 : Karektor Waktu
Bab 3 : Kawajipan muslim terhadap waktu
Bab 4 : Pengurusan waktu harian muslim
Bab 5 : Waktu Insan di antara kelmarin, hari ini dan esok
Bab 6 : Hakikat masa
Bab 7 : Bagaimana manusia bolah melanjutkan usianya
Bab 8 : Rumusan Perancangan waktu
Bab 9 : Rumusan: Kaedah membina diri.

"Soal waktu bukanlah sekadar salah satu dari persoalan kehidupan muslim, bahkan ia merupakan permasalahan utama. Waktu adalah kehidupan. Setiap detik dan saat, malahan jam dan hari-hari adalah umur seorang insan...., kehidupan manusiawi"

Sesungguhnya kaum Muslimin pada zaman kegemilangan tamadun Islam, mereka sangat menjaga waktu-waktu mereka berbanding keghairahan mereka terhadap menjaga dirham dan dinar. Hasilnya mereka memiliki ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, jihad yang mabrur, pembukaan yang nyata dan tamadun yang berakar umbi dan tinggi cabangnya.

Buku kedua ialah Israk Mikraj dan perkara ghaib karangan Md Zaki bin Ab Manan mantan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM.


Buku ini membicarakan peristiwa mukjizat agung Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Sesungguhnya masyarakat dan pelajar Islam kini sedang dilanda krisis moral, akidah dan hilang haluan. Ramai dikalangan rakan kita terlibat memakmurkan budaya Yahudi dan Nasrani dan tidak kurang pula yang terpengaruh dengan budaya hedonisme. Peristiwa Israk dan Mikraj sewajarnya diambil iktibar untuk kita mengembalikan jiwa dan hati kita kepada nilai-nilai Islam dan kerohanian.
Kandungan buku ini terdapat dalam 9 bab iaitu
Bab 1 : Dakwah melalui sains
Bab 2 : Islam dan Sains
Bab 3 : Penemuan-penemuan sains dan pandangan ulama
Bab 4 : Perkara ghaib
Bab 5 : Perkara Ghaib dari perspektif Sains dan Islam
Bab 6 : Penemuan sains dan Islam
Bab 7 : Islam dan bidang astronomi
Bab 8 : Israj Mikraj sebagai mukjizat
Bab 9 : Israk Mikraj dan Mukjizat dari kaca mata Sains

"Walaupun sains adalah pengetahuan penting untuk membantu manusia beriman dengan ayat-ayat Allah SWT dan mengukuhkan lagi keimanan seseorang, sebahagian masyarakat Islam masih lagi melihat sains adalah suatu yang terasing daripada agama. Walaupun sains tidak mampu mengkaji kesemua perkara ghaib dan ganjil, Allah tetap berkuasa melakukannya. Sains tidak layak untuk menilai peristiwa Israj dan Mijraj, tetapi ini tidak bermakna sains tidak boleh dijadikan alat untuk mengkaji keindahan, hikmah dan falsafah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ini."

Semoga dapat saya berkongsi maklumat ini dengan para rakan-rakan pengunjung sekalian.
Allahu ‘alam bisshawab.

1 comments:

Cikgu Mahfuza Mahmud on February 22, 2010 at 11:47 PM said...

Bagus saudara menyubur budaya membaca. Membacakan gedung ilmu pengetahuan.

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--