Sunday, April 11, 2010

Antara hari yang indah dalam hidupku...


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang melimpahkan kurnia-kurnia-Nya atas hamba-hamba-Nya dan memberi kemakmuran jiwa dengan sinar keislaman. Hanya dengan rahmat dan kehendak-Nya lah kita mampu meluangkan masa untuk berada di dalam alam siber ini

Salawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wasalam, Nabi-Nya yang terpilih dan Rasul-Nya yang terkarib. Begitu juga atas anggota keluarganya serta para sahabatnya, para tabi'in sebagai pelita-pelita hidayah dan penghapus kesesatan.

Sesungguhnya pengalaman yang dkecapi dalam hidup ini berdasarkan satu-satu peristiwa merupakan guru yang terbaik dalam proses mematangkan pemikiran kita. Begitulah halnya dengan apa yang saya alami sepanjang dua hari ini. Ada dua peristiwa yang berlaku yang betul-betul mengujakan diri saya untuk berjuang dalam proses pencarian ilmu demi memantapkan kefahaman saya terhadap agama yang sucu ini, agama Islam.

Peristiwa Pertama.
{Buku tentang beliau habis dibaca, bersolat Jumaat dan didoakan oleh beliau kemudian bertemu dan bersalam dengan beliau}



Saya baru sahaja selesai membaca buku bertajuk "Fenomena Nizar" karya Saudara Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain. Buku ini adalah sebuah biografi pendek tentang perjalanan Dato' Seri Mohammad Nizar b. Jamaluddin daripada seorang yang tidak pernah dikenali dalam kancah politik tanahair hinggalah menjadi seorang yang begitu digeruni oleh rakan dan lawannya dalam kancah politik Malaysia.



Saya begitu mengkagumi ketokohan beliau semenjak mengenali biodata ringkas beliau semasa beliau bertanding merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar pada pilihanraya umum tahun 2004 (tahun ketiga saya berada di Kuala Kangsar). Malah pada tahun itu juga, Dato' Seri Nizar yang pada masa itu belum mendapat gelaran Dato' Seri pernah mengambil inisiatif berjumpa dengan Menteri Pelajaran ketika itu untuk membincangkan isu PPSMI. Tindakan ini membuktikan beliau memang berjuang untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di tanahair.

Seusai saya menghabiskan bacaan buku ini, pada hari Jumaat, 9 April 2010, saya berkesempatan berjumpa beliau di sebuah Masjid di Kuala Kangsar. Pada hari itu juga, Dato' Seri membacakan doa selepas jumaat, terharu saya apabila pemimpin membacakan doa solat Jumaat.

Apa yang mengkagumkan saya ialah Dato' Seri Nizar bukanlah seorang pemimpin yang lahir daripada acuan sistem pendidikan Islam di Malaysia. Dato' Seri lahir dari sistem pendidikan sekular di Malaysia. Tapi berkat kesungguhan beliau dalam mendalami ilmu beliau mampu muncul dalam kalangan pemimpin gerakan Islam di Tanahair. Itulah yang menjadi inspirasi saya...

Peristiwa kedua
{Solat subuh berjamaah bersama dengan pelajar di asrama}Memang fitrah manusia mencari kedamaian hati. Kesempatan masa yang dikurniakan pada saya dan rakan-rakan pada hari ini (Ahad, 11 April 2010), Alhamdulillah kami dapat luangkan masa untuk bersolat berjamaah bersama dengan pelajar di asrama sekolah. Ini rentetan peristiwa daripada analisis saya bersama rakan-rakan yang menunjukkan bilangan pelajar asrama yang bersolat subuh adalah amat mendukacitakan. Kami tiba di asrama seawal 520 pagi untuk mengejutkan pelajar bersolat Subuh. Bersolat subuh pada jam 615 pagi dan saya sempat menyampaikan tazkirah subuh dengan tajuk "Ingin berjaya?Bersolatlah." .Kitab yang saya gunakan ialah kitab "Jika ingin berjaya bersolatlah" karangan Kiai Haji Muhammad Rusli Amin. InsyaAllah saya akan ulaskan apabila saya habis membacanya nanti.




Wallahu'alam.....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--