Monday, April 19, 2010

Buku untuk kita berfikir....


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat meluangkan masa untuk berada di alam siber ini. Bagi mereka yang sentiasa berfikir sesungguhnya kekuasaan Allah Subhanahu wata'ala adalah Maha Agung dan Maha Besar dalam mentadbir alam yang dengan cukup sempurna dan tiada sebarang kecacatan serta celanya.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik manusia yang sentiasa namanya di bibir kita, Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wasalam, keluarganya serta para sahabat baginda, para tabi'in, para tabi' tabi'in yang telah bersusah payah memperjuangkan Islam untuk kita nikmati pada zaman ini.

Catatan pada kali ini ingin membicarakan buku terbaru yang saya baca sepanjang bulan Mac yang lalu. Bukunya bertajuk 'Hebatnya al-Quran...Jika Kamu Berfikir'.

Buku ini ditulis oleh Saudara Mohd Syamil bin Mohd Yusuff. Beliau merupakan seorang penulis yang aktif menulis dan mempunyai pengalaman dalam bidang Sains Marin. Buku ini merupakan kupasan, pandangan, berkat ilmu dan juga gabungan ide dari tempatan dan luar negara sepanjang pengalaman penulis melibatkan diri dalam bidang Sains Marin. Mutakhir ini, banyak serangan-serangan yang dilontarkan oleh golongan orientalis dan saintis berfikiran evolusi terhadap agama Islam. Pemikiran manusia seolah-olah cuba diterapkan bahawa sains itu tiada kaitan dengan konsep bertuhan. Mereka mendakwa penemuan sains pada hari ini adalah hasil daripada evolusi pemikiran manusia yang semakin bertamadun tanpa menghiraukan konsep ketuhanan. Maka buku 'Hebatnya al-Quran...Jika Kamu Berfikir' ini mungkin sedikit sebanyak membuka minda kita untuk berfikir apakah benar dakwaan golongan orientalis dan saintis evolusi itu?

Penulis membahagikan buku ini kepada 10 bab iaitu
Bab 1: Pengenalan Kepada al-Quran
Bab 2: Pengenalan Kepada Ilmu Sains
Bab 3: Al-Quran Itu Benar
Bab 4: Penipuan Besar Darwin
Bab 5: Mari Berfikir
Bab 6: Manusia sebagai Khalifah
Bab 7: Ciptaan Allah Subhanahu wata'ala - Manusia
Bab 8: Ciptaan Allah Subhanahu wata'ala
Bab 9: Tokoh-Tokoh Saintis Islam
Bab 10: Kesimpulan

Bab1: Pengenalan Kepada al-Quran.

Di awal bab ini, penulis membawakan satu kalimah suci di al-Quran dari surah al-A'raf ayat 52 yang bermaksud "Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada merekan sebuah kitab (al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya) untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang mahu beriman...."

Hakikatnya al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam. Ianya merupakan satu bahan rujukan yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam bagi seluruh manusia di dunia supaya tunduk dan akur kepada Tuhan yang Esa.

Dalam bab ini juga penulis menceritakan tentang latar belakang bagaimana al-Quran itu dibukukan. Pembukuan pertama al-Quran berlaku selepas pasca peperangan Yamamah dimana setelah dianalisis ramai para sahabat yang hafaz al-Quran gugur dalammedan perang itu. Peristiwa ini amat membimbangkan Khalifah pada ketika itu, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Lebih-lebih lagi apabila Saidina Umar al-Khattab menyatakan kebimbangannya kepada khalifah. Maka setelah diteliti dan dimesyuaratkan, khalifah melantik Zaid bin Tsabit untuk mengumpul dan membukukan al-Quran (ditulis di atas pelepah daun tamar). Itulah permulaannya dan kini kitab al-Quran menjadi satu sumber inspirasi kepada seluruh umat Islam di dunia.

Al-Quran merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wata'ala yang mengandungi banyak perkara yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia keseluruhannya. Al-Quran juga menekankan berkenaan dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wata'ala. Antara isi kandungan wahyu yang teragung ini ialah:
1. Kisah-Kisah para nabi dan para solihin sebagai suri teladan
2. Ciptaan Allah Subhanahu wata'ala yang ada di bumi dan di langit
3. Hukum hakam di dalam kehidupan
4. Kisah umat-umat terdahulu sebagau pengajaran
5. Konsep beribadah kepada Allah Subhanahu wata'ala
6. Gambaran tentang hari kiamat, padang mahsyar, syurga dan neraka
7. Motivasi kecemerlangan.

Bab 2: Pengenalan Kepada Ilmu Sains
Bab 3: Al-Quran itu benar

Sekadar berkongsi maklumat.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--