expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Petua - petua menabung

Saturday, October 19, 2013

Petua - petua menabung


Menabung merupakan suatu cabaran yang sukar bagi kebanyakan orang kerana terpaksa mengenepikan keseronokan berbelanja pada hari demi hari untuk kegunaan masa hadapan. Apatah lagi, jika pendapatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan semasa. Namun demikian, kita perlu memikirkan dengan panjang lebar atau secara seruis dan bertanyakan, apakah yang akan berlaku jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menangani keadaan di luar dugaan atau mencapai hasrat terpendam di hati. Selalu ingat akan peribahasa "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!".
Antara beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk memastikan usaha menabung kita boleh berjaya ialah
1. Cari jalan untuk meningkatkan pendapatan.
Jika aliran tunai anda positif, yakni wang masuk (pendapatan) melebihi wang keluar (perbelanjaan), maka sudah tentu kita mempunyai lebihan untuk ditabung. Antara kaedah meningkatkan pendapatan (a) berusaha untuk kenaikan pangkat (b) menyertai aktiviti perniagaan (c) menyertai aktiviti sosial dan kebajikan (dapat ramai kenalan) (d) memberi ceramah atas kepakaran yang kita ada.
2. Cari jalan untuk mengawal perbelanjaan.
Renungkan adakah kita berbelanja untuk keperluan (sesuatu penting) atau untuk kehendak (sesuatu yang ingin memuaskan nafsu keinginan sahaja). Ramai di kalangan kita yang menyesal pada hari kemudian kerana menghabiskan wang yang banyak di sepanjang kehidupannya untuk tujuan yang tidak produktif.
3. Disiplinkan diri dengan menabung di tempat yang sukar untuk mengeluarkannya.
Contohnta, kita boleh simpan di dalam Unit Amanah dan kita juga boleh menambahkan jumlah pelaburan sendiri di dalam akaun tersebut. Atau dengan membuat arahan tetap bank untuk menyimpan di dalam akaun unit amanah itu.
4. Menggariskan matlamat hidup yang jelas.
Adalah sesuatu yang penting untuk menggariskan matlamat hidup yang jelas dan berusaha untuk mencapainya. Harus sentiasa kita ingat matlamat yang jelas akan menguatkan lagi semangat kita untuk menabung. Matlamat kewangan yang jelas haruslah S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time concern).
5. Menabung di tempat yang memberikan pulangan yang tinggi.
Wang yang kita hendak laburkan mestilah ditempatkan di dalam tempat yang akan memberikan pulangan yang tinggi dan bersesuaian supaya ia kan dapat menggandaka wang kita. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berhati-hati dengan risiko yang diambil dan berusaha menambahkan ilmu kita dalam bidang pelaburan. Jangan sesekali mengambil jalan pintas dengan melabur dalam skim cepat kaya.

Akhir kata, setiap orang mempunyai pelbagai matlamat kewangan yang berbeza. Tambahkan ilmu kita tentang kewangan. Hanya kita yang mampu mengubah keadaan kewangan diri kita sendiri. Sentiasa berhati-hati, kerana terlalu banyak orang yang mengaku sebagai perancang kewangan sedangkan kewangan mereka sendiri dalam keadaan goyah. Sekian

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--