13 years ago
Wednesday, October 9, 2013
Lawatan ke 1001 Islamic Invention di Pusat Sains Negara bahagian 1
Salam pertemuan kepada semua para pengunjung yang berbahagia. Semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa di rahmati tuhan hendaknya.
"When the European in the dark ages, there were a golden civilisation during that time that has changed the world, That was the Muslim civilisation"
Itu antara kata-kata yang saya ingat ketika saya membaca sebuah buku tentang sejarah dunia di dalam perpustakaan sekolah beberapa tahun dahulu. Maafkan saya kerana saya sudah lupa akan tajuk dan pengarang buku tersebut. Memang benar apa yang dikatakan penulis dalam frasa perkataan yang saya sebutkan di atas, tamadun Islam yang berada pada zaman keemasannya pada abad ke-10 hingg abad ke-14 telah membawa suatu perubahan yang mengubah dunia hingga ke hari ini.
Sebagai seorang yang meminati subjek sejarah sejak dari bangku sekolah lagi, saya amat teruja dengan kenyataan-kenyataan sebegini. Ini kerana sewaktu saya belajar subjek sejarah di sekolah kira-kira 25 tahun dahulu,sukatan tentang tamadun Islam tidak di masukkan di dalam buku-buku teks di sekolah pada ketika itu. Saya hanya mula mengenali sumbangan tamadun Islam apabila melangkah masuk ke Universiti apabila subjek tamadun islam menjadi suatu subjek yang wajib di ambil oleh setiap pelajar tahun 1.
Pertemuan pertama dengan alat-alat yang dicipta pada zaman kegemilangan Islam bermula pada lawatan ke pameran Kecemerlangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan pada tahun 2006. Pemeran yang diadakan pada tahun itu adalah kerjasama antara Kementerian Sains dan Teknologi dan Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johann Wofgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang dibawakan bersama oleh Profesor Dr. Fuat Sezgin.
Sumbangan para cendiakawan Islam begitu besar sekali dan telah mengubah sejarah dunia melalui ciptaan yang mereka hasilkan, sebagai contoh apabila di sebut sahaja dengan al-Idrisi (Muhammad ibn Muhammad al-Idrisi, 549H/1154M) sudah tentu terbayang akan kita dengan peta dunia yang dihasilkannya pada waktu itu. Cendiakawan al-Idrisi telah berusaha menghasilkan suatu peta dunia dan sebuah buku geografi yang komprehensif dan mengandungi 70 buah peta rantau pada ketika itu. Ini adalah sumbangan yang terbesar dan menggambarkan usaha-usaha tamadun Islam untuk memberikan kesinambungan usaha-usaha masyarakat terdahulu, terutamanya tamadun Greek.
Bersambung di bahagian 2...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment