Monday, October 21, 2013

Latihan penggunaan VLE (Vitual Learning Environment)

0 comments
Saya tertarik untuk menulis sesuatu berdasarkan pengalaman saya ketika menghadiri kursus penggunaan VLE di dua tempat iaitu di tempat saya bertugas dan juga kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar baru-baru ini. Program VLE ini adalah suatu program yang hebat pada pandangan saya sekiranya kita mempunyai ilmu dan sedaya upaya cuba untuk menguasainya.

Kursus yang pertama yang saya hadiri ialah kursus yang di anjurkan oleh pihak sekolah dan bersama-sama saya di dalam kursus ialah rakan-rakan sekerja dari sekolah yang sama. Kursus ini juga di kendalikan oleh penyelaras ICT sekolah. Manakala kursus yang dianjurkan oleh PPD Kuala Kangsar adalah kursus bersama dengan barisan guru cemerlang dari tiga buah daerah iaitu, Kuala kangsar, Larut Matang Selama dan Kerian. Sebelum saya hendak bercerita dengan lebih lanjut tentang pengalaman di kursus ada baiknya saya ceritakan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan VLE (Vitual Leaning Environment)

VLE

"A virtual learning environment (VLE)", ialah suatu pembelajaran maya "e-learning" berdasarkan sistem maya di dalam WWW yang menjadikan model pembelajaran konvensional dengan menyediakan ruang pembelajaran maya yang boleh diakses oleh keseluruhan kelas, isi kandungan pembelajaran di dalam kelas, ujian, kerja sekolah, pengredan, tugasan dan juga akses kepada maklumat luaran seperti maklumat akademik dan halaman halaman yang bermanfaat untuk pelajar. Sistem ini juga menyediakan ruangan sosial yang membolehkan murid dan guru berkomunikasi sama ada perbincangan ilmiah atau berkomunikasi santai.

VLE juga boleh berlaku secara "synchronously" atau "asynchronously". Dalam sistem "synchronous", pengguna akan berjumpa dalam “real time”, dan guru akan mengendalikan kelas secara maya atau "virtual classrooms". Murid akan berkomunikasi melalui mikrofon, berchating atau menulis sesuatu di atas papan putih kelas maya. Manakala di dalam sistem "asynchronous" learning, yang kadang-kadang dikenali juga sebagai pembelajaran kendiri, murid dijangkakan akan menyelesaikan tugasan dan latihan yang diberikan guru melalui sistem.

Pembelajaran secara VLE pada umumnya membolehkan:

1. Pengurusan Isi pembelajaran - dengan cara penghasilan, penyimpanan, akses dan menggunakan sumber pembelajaran yang di sediakan

2. Pemetaan dan perencangan kurikulum - termsuklah plan pembelajaran, latihan dan membina pengalaman pembelajaran maya bagi murid/pelajar

3. Hubungan antara guru, murid dan pengurusan - kebolehan mengakses maklumat pembelajaran dan memantau serta mengikuti perkembangan pembelajaran dan pencapaian di dalam matapelajaran.

4. Berkomunikasi dan berkolaborasi - melalui email, notis, chat, wiki, blogs dsbnya

Pengalaman berkursus di dalam dua kumpulan

Sepertimana yang saya kisahkan di atas tadi kursus pertama ialah saya bersama dengan rakan-rakan guru di sekolah tempat bertugas. Dalam kursus pertama yang saya hadiri, kebanyakan rakan-rakan agak teragak-agak untuk memulakan langkah di dalam penggunaan VLE ini kerana ramai beranggapan suatu projek yang akan menyusahkan kerana akses internet yang terlalu rendah di kalangan pelajar umumnya di Padang Rengas serta kawasan sekitarnya. Ada yang berkata mengikut kajian mereka, kalau dikatakan pelajar Padang Rengas sebanyak 12 000 orang, mungkin tak sampai 3000 adalah pengguna internet. Kadang-kadang kita sebenarnya tidak sedar yang pelajar di Malaysia adalah pengguna internet yang paling ramai sekali dan umum mengetahui bahawa Malaysia berada di tangga yang ke-3 mengikut jumlah pengguna internet teramai di dunia. Kekalutan semasa kursus di tambah lagi dengan penyelaras ICT sekolah gagal menguasai dengan sebaiknya apakah itu VLE. Ini menjadikan sesi kursus yang di kendalikan di sekolah agak membosankan dan masing-masing baik penyelaras mahupun peserta kursus gagal memanfaatkan ruang waktu yang diperuntukkan pada ketika itu. Maka setelah habis kursus, saya masih lagi terpinga-pinga dan tidak melakukan sebarang penambahbaikan ke atas laman VLE saya.

Kursus yang kedua yang saya hadiri agak berbeza keadaannya. Ini kerana kursus yang kedua ini saya hadiri bersama-sama dengan GC dari tiga buah daerah yang berbeza. Lebih menarik kerana ramai di kalangan GC telah membuat kajian dan study terlebih dahulu sebelum mereka menyertai kursus. Ini membuatkan suasana kursus pada hari itu amat mengujakan serta banyak ilmu tentang VLE yang saya perolehi pada hari itu. Antara yang menarik ialah mengapa VLE dilaksanakan di Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan apakah harapan KPM pada masa hadapan. Maklumat-maklumat yang diperolehi begitu berharga sekali dan memotivasikan saya untuk mengendalikan VLE dengan lebih bersemangat.

Saya yakin dan pasti VLE ini mampu mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang amat menarik dan memudahkan guru untuk melaksanakan kaedah pembelajaran guru sebagai pembimbing. Kaedah pembelajaran konvensional, guru menulis di hadapan papan tulis mungkin suatu hari nanti sudah tidak relevan dengan sistem teknologi maklumat yang sedang menghambat dan mungkin meninggalkan kita ini. Pada pendapat saya, guru harus lebih memperkasakan diri di dalam ilmu teknologi supaaya sentiasa di hadapan bila bermain-main dengan teknologi. Teringat akan satu kata-kata hukama yang diberikan kepada saya oleh Guru Cemerlang Fizik SMT Alor Setar Koay Cheng Kuan..."Know your stuff, and then you can stuff them"... Sekian
Baca selengkapnya...

Saturday, October 19, 2013

Petua - petua menabung

0 comments
Menabung merupakan suatu cabaran yang sukar bagi kebanyakan orang kerana terpaksa mengenepikan keseronokan berbelanja pada hari demi hari untuk kegunaan masa hadapan. Apatah lagi, jika pendapatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan semasa. Namun demikian, kita perlu memikirkan dengan panjang lebar atau secara seruis dan bertanyakan, apakah yang akan berlaku jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menangani keadaan di luar dugaan atau mencapai hasrat terpendam di hati. Selalu ingat akan peribahasa "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!".
Antara beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk memastikan usaha menabung kita boleh berjaya ialah
1. Cari jalan untuk meningkatkan pendapatan.
Jika aliran tunai anda positif, yakni wang masuk (pendapatan) melebihi wang keluar (perbelanjaan), maka sudah tentu kita mempunyai lebihan untuk ditabung. Antara kaedah meningkatkan pendapatan (a) berusaha untuk kenaikan pangkat (b) menyertai aktiviti perniagaan (c) menyertai aktiviti sosial dan kebajikan (dapat ramai kenalan) (d) memberi ceramah atas kepakaran yang kita ada.
2. Cari jalan untuk mengawal perbelanjaan.
Renungkan adakah kita berbelanja untuk keperluan (sesuatu penting) atau untuk kehendak (sesuatu yang ingin memuaskan nafsu keinginan sahaja). Ramai di kalangan kita yang menyesal pada hari kemudian kerana menghabiskan wang yang banyak di sepanjang kehidupannya untuk tujuan yang tidak produktif.
3. Disiplinkan diri dengan menabung di tempat yang sukar untuk mengeluarkannya.
Contohnta, kita boleh simpan di dalam Unit Amanah dan kita juga boleh menambahkan jumlah pelaburan sendiri di dalam akaun tersebut. Atau dengan membuat arahan tetap bank untuk menyimpan di dalam akaun unit amanah itu.
4. Menggariskan matlamat hidup yang jelas.
Adalah sesuatu yang penting untuk menggariskan matlamat hidup yang jelas dan berusaha untuk mencapainya. Harus sentiasa kita ingat matlamat yang jelas akan menguatkan lagi semangat kita untuk menabung. Matlamat kewangan yang jelas haruslah S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time concern).
5. Menabung di tempat yang memberikan pulangan yang tinggi.
Wang yang kita hendak laburkan mestilah ditempatkan di dalam tempat yang akan memberikan pulangan yang tinggi dan bersesuaian supaya ia kan dapat menggandaka wang kita. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berhati-hati dengan risiko yang diambil dan berusaha menambahkan ilmu kita dalam bidang pelaburan. Jangan sesekali mengambil jalan pintas dengan melabur dalam skim cepat kaya.

Akhir kata, setiap orang mempunyai pelbagai matlamat kewangan yang berbeza. Tambahkan ilmu kita tentang kewangan. Hanya kita yang mampu mengubah keadaan kewangan diri kita sendiri. Sentiasa berhati-hati, kerana terlalu banyak orang yang mengaku sebagai perancang kewangan sedangkan kewangan mereka sendiri dalam keadaan goyah. Sekian


Baca selengkapnya...

Thursday, October 17, 2013

63 per cent of Malaysian workers not spending enough time with family -- Jobstreet

0 comments
63 per cent of Malaysian workers not spending enough time with family -- Jobstreet


Baca selengkapnya...

Friday, October 11, 2013

Meniti usia 40-an

0 comments
Artikel ini di ambil daripada berita harian pada 30/9/2013 tulisan Saudara Mohd Ali Muhammad Don
"Usia 40, masa berjinak ke masjid, surau...Individu dipanggil pakcik, makcik kena perbanyak ibadah sunnah"
Ada yang terkesima sehingga benar-benar percaya kehidupan hanya bermula ketika usia menjejaki umur 40 tahun seperti ungkapan popular wartawan Amerika Syarikat, Helen Rowland (Life begin at forty), yang sering dirujuk untuk dikaitkan dengan perubahan diri Kepercayaan itu kemudian diterjemahkan dalam konteks negatif hingga masa ada sebelum 40 tahun diperuntukkanuntuk berhibur dan berseronok semata-mata. Ia diburukkan lagi dengan kepercayaan songsang hidup hanya sekali lalu perlu dihabiskan mengikut runtunan hawa nafsu. Dari sudut pandang yang lain, seseorang yang menjejaki usia ini sebenarnya berada pada suatu tahap kematangan, nilai peribadi serta akhlak sempurna lalu mampu membuat keputusan dengan bijaksana. Umur ini juga permulaan umur dewasa yang selayaknya seseorang berfikiran waras dan melakukan sesuatu berasaskan pertimbangan akal sempurna. Al-Quran secara khusus menyebut mengenai umur 40 tahun supaya menjadi peringatan manusia untuk muhasabah dan memikirkan hala tuju kehidupan diri sendiri. Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud "Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku daripada kalangan orang Islam." Malah persoalan penting untuk dibicarakan ialah apakah yang perlu dilakukan oleh golongan yang sudah dan akan menjejaki umur 40 tahun. Adakah ia suatu permulaan kepada kehidupan dipenuhi keseronokan, kelalaian dan kealpaan atau difokuskan untuk dilipatgandakan usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Bagi yang jarang solat berjemaah, boleh jadi inilah masa terbaik untuk mula berjinak-jinak ke masjid, Bagi yang selalu disibukkan dengan pelbagai aktiviti seharian, cubalah untuk mencuri masa bagi membaca ayat suci al-Quran mahupun melakukan pelbagai aktiviti mengikut sunnah Rasulullah. Jika belum berkesempatan menunaikan fardu haji kemungkinan bolehlah menyediakan perbelanjaan untuk menunaikan umrah dan menziarahi makam Nabi Muhammad Shallalahu alaihi wasalam sambil menanti kuota giliran haji. Ataupub setidak-tidaknya berusaha mempertautkan hubungan silaturahim antara sesama manusia bukan dengan menimbun dosa menceritakan keburukan dan perihal orang lain seharian. Bagi golongan yang seronok menghabiskan masa berborak di warung atau kedai mamak, eloklah berubah kepada aktiviti yang lebih berfaedah. Apatah lagi ada golongan berusia 40-an, tetapi masih seronok bertukar pasangan dan berfoya-foya. Semua ini sepatutnya mula menjadi rutin harian golongan usia 40-an sebagai persediaan menyahut panggilan Ilahi yang bakal kunjung tiba tanpa disedari. Benar, mati tidak mengenal usia akan tetapi kalau sudah mula dipanggil pakcik dan makcik, tetapi masih berperangai buruk dan kebudak-budakan boleh jadi suatu petanda buruk buat individu berkenaan. Ibrahim al-Nakhai pernah menyebut, seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya. Umur 40-an turut mempunyai keistimewaan tersendiri kerana Allah SWT mengangkat kebanyakkan nabi dan rasul-Nya termasuk Nabi Muhammad SAW sebagai rasul untuk mengajak manusia kepada jalan mengesakan Allah SWT dan mencegah perbuatan mungkar pada ketika permulaan usia tersebut. Rasulullah SAW bersabda:"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki manusia pada hari kiamat kelak sehingga ditanya tentang empat perkara, iaitu umurnya kemana dihabiskan, usia mudanya kemana dipergunakan, hartanya dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah sudah diamalkan." (Riwayat Imam at-Tirmizi) Kematian tokoh Ulama Muda Indonesia iaitu Habib Munzir al-Musawa merangkap ketua Majelis Rasulullah iaitu majlis zikir terbesar di Jakarta pada usia 40 tahun sepatutnya dijadikan iktibar. Ia sememangnya suatu kehilangan besar buat umat Islam di Alam Melayu yang mengenal beliau sebagai ikon pemuda yang taat beribadah dan lidahnya basah dengan berzikir mengingati Allah SWT dan Rasul-Nya. Pemergian beliau bukan sekadar ditangisi, tetapi dijadikan pengajaran bahawa mati tidak pernah mengenal usia tua atau muda. Apabila sampai detik dan ketika yang ditentukan, ia tidak akan berganjak walaupun sesaat. Tidak ada seorang pun mampu meramal detik kematian apatah lagi mengetahui bagaimana dan di mana dia akan dicabut rohnya oleh Malaikat Izrail. Lebih utama baik golongan tua atau muda, berusahalah untuk membuat persiapan menemui mati dalam keadaan khusnul khatimah. Tinggalkan dunia ini dengan menabur jasa bakti dan nama baik sehingga dikenang buat selama-lamanya. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Baca selengkapnya...

Wednesday, October 9, 2013

Lawatan ke 1001 Islamic Invention di Pusat Sains Negara bahagian 1

0 comments
Salam pertemuan kepada semua para pengunjung yang berbahagia. Semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa di rahmati tuhan hendaknya.
"When the European in the dark ages, there were a golden civilisation during that time that has changed the world, That was the Muslim civilisation"
Itu antara kata-kata yang saya ingat ketika saya membaca sebuah buku tentang sejarah dunia di dalam perpustakaan sekolah beberapa tahun dahulu. Maafkan saya kerana saya sudah lupa akan tajuk dan pengarang buku tersebut. Memang benar apa yang dikatakan penulis dalam frasa perkataan yang saya sebutkan di atas, tamadun Islam yang berada pada zaman keemasannya pada abad ke-10 hingg abad ke-14 telah membawa suatu perubahan yang mengubah dunia hingga ke hari ini. Sebagai seorang yang meminati subjek sejarah sejak dari bangku sekolah lagi, saya amat teruja dengan kenyataan-kenyataan sebegini. Ini kerana sewaktu saya belajar subjek sejarah di sekolah kira-kira 25 tahun dahulu,sukatan tentang tamadun Islam tidak di masukkan di dalam buku-buku teks di sekolah pada ketika itu. Saya hanya mula mengenali sumbangan tamadun Islam apabila melangkah masuk ke Universiti apabila subjek tamadun islam menjadi suatu subjek yang wajib di ambil oleh setiap pelajar tahun 1. Pertemuan pertama dengan alat-alat yang dicipta pada zaman kegemilangan Islam bermula pada lawatan ke pameran Kecemerlangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan pada tahun 2006. Pemeran yang diadakan pada tahun itu adalah kerjasama antara Kementerian Sains dan Teknologi dan Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johann Wofgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang dibawakan bersama oleh Profesor Dr. Fuat Sezgin. Sumbangan para cendiakawan Islam begitu besar sekali dan telah mengubah sejarah dunia melalui ciptaan yang mereka hasilkan, sebagai contoh apabila di sebut sahaja dengan al-Idrisi (Muhammad ibn Muhammad al-Idrisi, 549H/1154M) sudah tentu terbayang akan kita dengan peta dunia yang dihasilkannya pada waktu itu. Cendiakawan al-Idrisi telah berusaha menghasilkan suatu peta dunia dan sebuah buku geografi yang komprehensif dan mengandungi 70 buah peta rantau pada ketika itu. Ini adalah sumbangan yang terbesar dan menggambarkan usaha-usaha tamadun Islam untuk memberikan kesinambungan usaha-usaha masyarakat terdahulu, terutamanya tamadun Greek. Bersambung di bahagian 2...
Baca selengkapnya...
 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--