expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Kejohanan PSKPP Kali ke-37 Peringkat Negeri Perak

Saturday, November 21, 2009

Kejohanan PSKPP Kali ke-37 Peringkat Negeri Perak


Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk mengemaskini laman blog ini.

Seperti pada tahun-tahun yang lalu dan telah berlansung sebanyak 37 kali, Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) pada kali ini telah berlansung dengan jayanya di UITM Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak.



PSKPP merupakan acara tahunan khusus untuk semua pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada saya, acara ini harus diteruskan untuk kesinambungan budaya sukan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kejohanan PSKPP peringkat negeri Perak pada kali ini berlansung dari 20 November hingga 22 November dan dianjurkan oleh PSKPP Daerah Perak Tengah. Gelanggang permainan dan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur ialah di UITM Seri Iskandar.

Saya berterima kasih kepada Saudara Zairol Anuar (baju hijau daun pisang dalam gambar di bawah), PTPS Bolatampar Daerah Kuala Kangsar kerana memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dan membantu beliau menguruskan pasukan bolatampar sepanjang kejohanan tersebut.



Dalam kejohanan pada tahun ini, pasukan bolatampar PSKPP Kuala Kangsar diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan PSKPP Daerah Manjung dan Kinta Selatan.
Pasukan PSKPP Kuala Kangsar hanya berjaya menjadi naib johan kumpulan B. Kami tewas kepada PSKPP Manjung 2-0 (25-17,25-12) dan menang dengan PSKPP Kinta Selatan 2-0(25-15,25-17). Sebagai naib johan kumpulan, pasukan PSKPP Kuala Kangsar tidak berjaya ke peringkat separuh akhir kerana hanya johan kumpulan layak.

Tahniah dan terima kasih kepada PTPS dan semua rakan-rakan yang melibatkan diri dalam kejohanan pada tahun ini.

Pasukan Bolatampar PSKPP Kuala Kangsar 2009



Berdiri dari kiri: Saya, Khairul (SK Temin), Shahrizal (SMT), Duan (SK Methodist, Shukor (SK Bendang kering), Khalili (SK Bendang Kering) dan Helmi (SK Kg Kenang)
Duduk dari kiri: Syawal (SK Lasah), Abe (PKG Talang), Zack (SK Kg Kenang), Hazimin (SK SS Idris Al-Marbawi) dan Hasbullah (SMK Temenggong)

Semoga kejayaan akan menjelma di tahun-tahun akan datang....InsyaAllah

1 comments:

Anonymous said...

nape gambar yang kedua tu cikgu saiful ganti tempat ptps...cikgu nak ganti tempat dia ke tahun depan.....he he he
- kawanmu di kuala kangsar -

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--