expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Menghormati alam sekitar

Monday, November 2, 2009

Menghormati alam sekitar


Tiada anugerah yang paling berharga bagi setiap manusia di dunia ini melainkan alam sekitar yang meliputi bumi yang kita diami ketika ini.

Tanpa alam sekitar, tidak mungkin kita dapat menghirup udara segar atau bersih yang menjadi tunjang kepada kelansungan hidup kita seharian.

Sejauh manakah kita menghargainya?

Hakikatnya, alam sekeliling kita semakin menginjak usia tua dan tak mampu lagi bertahan dengan kerakusan sikap manusia. Setiap inci badannya diteroka dan dimusnahkan, sumber yang dibekalkannya pula diambil dengan sesuka hati tanpa perancangan, dan semua itu dilakukan atas dasar pembangunan.

Lihatlah kini alam sudah tidak mampu menahannya, buktinya seperti banjir besar, tsunami, tanah runtuh, pemanasan global dan banyak lagi kejadian yang membuktikan alam sedang menderita.

Apa pun masih belum terlambat untuk kita kembali kepada bentuk penghargaan untuk alam dengan berusaha saling memberi, melindungi dan menyayanginya.

Berikut adalah beberapa prinsip nilai-nilai murni yang boleh dicontohi:

(a) Rendah diri
(b) Bekerjasama
(c) Menghormati alam atau Bumi
(d) Hidup seimbang
(e) Mementingkan kemampuan ekosistem
(f) Mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian atau biodiversiti
(g) Kerosakan yang minimum
(h) Perubahan berterusan
(i) Ekonomi bukanlah segala-galanya
(j) mengiktiraf hak generasi akan datang
(k) Tanggungjawab setiap individu
(l) Kesederhanaan
(m) Perlindungan dan pemuliharaan ekosistem
(n) Etika melebihi hukum
(o) Mengalami dan menghayati adalah yang paling baik
(p) Cintakan persekitaran.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--